Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAL AGAMA SUDAH TIDAK LAGI MENJADI PANTANG LARANG

DAP jangan campur urusan mufti, kata Pas
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Pas menggesa agar DAP tidak campur tangan dalam urusan jabatan mufti bersabit teks khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), bulan lalu. 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang enggan tunduk dengan ugutan DAP agar pihaknya meminta maaf.

“Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam. 

“Pas mempunyai pengalaman bersama dengan DAP, (Pas) sangat memahami bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan dan amalan Islam,” katanya dalam satu kenyataan. 

Pada 26 September lalu DAP Pahang menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha yang mendakwa mereka menentang Islam. 

Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha dikeluarkan Jaip itu, umat Islam dinasihati bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu. 

Dalam pada itu, Pas menggesa seluruh institusi agama Islam turut berperanan menentang sebarang kemungkaran yang turut dilakukan oleh parti pemerintah.

“Pas gesa DAP tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama dalam pelbagai medium sama ada kuliah, ceramah atau khutbah. Nasihat agar umat Islam bersatu menentang kemungkaran agama dan syariat juga menjadi dasar dan matlamat perjuangan Pas. 

“Golongan agamawan juga tidak sepatutnya bersekongkol dengan kemungkaran pemerintah dan tidak terjebak dengan budaya rasis yang cuba dipotret bagi menutup isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Isnin lalu, Abdul Rahman dilaporkan berkata bahawa khutbah itu merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.

“Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.

“Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya.

4 orang berkata:

Unknown said...

Melayu islam dalam dap buat apa.takkan tak berani tegur rakan depa campur hal agama islam.

Unknown said...

Melayu islam dalam dap buat apa.takkan tak berani tegur rakan depa campur hal agama islam.

Anonymous said...

Bkn kerja depa tu nak menegur.kerja depa tu menjilat.berani nak tegur jd mcm pas tu dipangil kera sumbang.duduk dlm pakatan sumbang tak apa pulak

Anonymous said...

baru la ni nak kenal dap?sedih..
sembang mcm petir kapiaq sana kapiaq sini..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.