1MDB: Najib tiada pilihan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu
menjawab isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sesi
persidangan dewan rakyat kali ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, ia
berdasarkan janji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Azalina Othman Said melalui jawapan bertulisnya semalam.
“Dalam jawapan bertulis itu, Azalina menyatakan soalan tersebut akan
dijawab serentak dengan soalan lain yang mempunyai maksud yang sama pada
tarikh yang ditetapkan kemudian dan pada persidangan kali ini juga.
“Jadi Najib tiada pilihan untuk jawab dalam persidangan yang akan
berakhir 3 Disember ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen,
semalam.
Johari mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai derma RM2.6 bilion yang diterima.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin
mempertikaikan mengapa Perdana Menteri masih belum dipanggil memberikan
keterangan mengenai isu RM2.6 bilion.
Kata Mohamed Hanipa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low
melalui jawapan bertulis menyatakan keterangan Najib masih belum
direkodkan.
“Jadi bila nak panggil. Saya hairan mengapa mereka masih belum panggil,” katanya.
3 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
debat i md menarik
berita hangat terkini
Post a Comment