KOTA BHARU - Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal

 Mohd Alwi Hazrizal mengenai parti Amanah Negara (Amanah) 
mengundang gelak tawa daripada hadirin.

Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara

 majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim petang
 ini.

Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang

 kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan
 berkata, ‘Merah tidak apa, jangan oren’.

Gurauan beliau itu telah disambut gelak tawa oleh penyokong Pas

 yang hadir.

Untuk rekod oren merupakan warna rasmi bagi parti Amanah,

 manakala merah menjadi warna tema yang digunakan peserta 
himpunan bangkit Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan Fadhli Shaari ketika

 ditemui berkata, setakat jam lima petang, sambutan dari ahli
 Pas amat baik.

"Insya-ALLAH malam ini penyokong akan memenuhi stadium,"katanya

.