Pas tolak formula agihan kerusi DAP
KOTA BHARU - Pas menolak cadangan pembahagian kerusi
yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan
pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14
(PRU14) nanti.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan
parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan
menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.
"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh
negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan
raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti
perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium
Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.
Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini
yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam
kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan
tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional
(BN).
Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata
satu-satunya cara ialah Pas bertanding di Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah
Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang
tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.
Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu
selepas kebanyakan ahli Pas beralih arah kepada parti
serpihan itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang
menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.
"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran
yang besar kepada Pas. Pas pernah menghadapi cabaran
lebih besar daripada ini terutama pada tahun 1978 yang
menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga
menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.
"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan
kita
dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan
sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan
parti," katanya. - Bernama
3 orang berkata:
Baguslah begtu ljangan peduli dengan lain pakatan .Pas biar bersendirian ,Tetapi sayang beribu kali syang .contoh di Selangor Pas masih lagi jadi babi tunggnanagn DAP.
Busuk punya kaki
pas bertanding bukan untuk menang. inilah parti paling bodoh dalam dunia. tengok muka presiden pas tak ubah macam tengok muka berahim ali. syabas wala'un2 pas pis pus PUSSY!!!
Post a Comment