Pasma mahu Selangor tubuh Pakatan Harapan
ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) meminta
kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di
negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat
kedudukan kerajaan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu
kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dikuasai PKR dan DAP.
"Kita perlu wujudkan dengan segera pakatan tersebut sebagai contoh
kepada rakyat ketika pilihan raya nanti," kata Phahrolrazi yang juga
Adun Pengkalan Kundor kepada media hari ini.
Beliau berkata, Pakatan Harapan perlu mengukuhkan kedudukan dalam arena
politik negara walaupun Pas enggan menyertai pakatan itu berikutan
kemasukan Amanah.
Pahrolrazi berkata, beliau menyerahkan surat rasmi kepada Speaker Dun
Kedah, Datuk Md Rozai Safian di Wisma Negeri Kedah hari ini bagi
memaklumkan penyertaannya dalam Amanah.
Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, ia bagi
memudahkan speaker Dun mengatur kedudukan kerusi tujuh Adun Pakatan
Harapan pada sidang Dun yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 November
ini.
Ketua pembangkang menurutnya, masih diketuai Pas dengan lapan kerusi
Dun berbanding Pakatan Harapan dengan tujuh kerusi Dun iaitu beliau dari
Amanah, dua DAP dan empat daripada PKR.
Sementara itu, Phahrolrazi berkata Adun Pas yang berhijrah kepada
Amanah sebelum ini bersepakat agar tidak meletak jawatan sebagai Adun
kerana mengambil kira pelbagai aspek.
"Kalau di tempat Pas bertanding, PKR dan DAP akan sokong calon Pas disebabkan Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau berkata, sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat parti baru serpihan Pas itu kecil, beliau tidak perlu melakukan pelbagai serangan teruk terhadap parti itu. - Bernama
Beliau berkata, sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat parti baru serpihan Pas itu kecil, beliau tidak perlu melakukan pelbagai serangan teruk terhadap parti itu. - Bernama
2 orang berkata:
Bahlolrazi pasma apa kena-mengena dgn kerajaan selangor.jaga pasma aka hama parti haru biru atau amanah yg tak amanah sudah la.
Bahlolrazi pasma apa kena-mengena dgn kerajaan selangor.jaga pasma aka hama parti haru biru atau amanah yg tak amanah sudah la.
Post a Comment