Kepimpinan Pas perlu berubah
SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata
Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan
masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.
Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan
kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab
(Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada
masa depan).
Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi
ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan
profesional dalam parti berkenaan.
“Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk
masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut
nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari
bahagian akademik untuk bantu.
“Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa
nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?” katanya ketika
ditemui Sinar Harian.
Hassan berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan mendidik
pelajar-pelajar di universiti-universiti tempatan dan luar negara dari peringkat
awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan.
Ujar beliau, Pas sememangnya mempunyai ramai golongan ulama namun parti
berkenaan masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang
hebat.
“Pas perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah
dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikan dari apa yang
mereka luahkan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai keadaan politik di negara ini, Hassan turut beranggapan
senario politik negara pada masa ini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat
semakin matang.
Beliau berkata, masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik
serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku.
“Ini barulah politik sebenar. Kalau diam saja, itu dipanggil politik pak turut,” katanya.
Dalam pada itu, Hassan yang juga ahli Pas juga turut memaklumkan bahawa
kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arena politik tanah air bertujuan
bagi menunjukkan kepada Pas yang parti berkenaan bakal kekeringan golongan
pemimpin akademik.
Hassan berkata, sekiranya ahli di dalam Pas berpecah, mereka masih mempunyai
Amanah sebagai platform bagi meneruskan perjuangan politik.
“Ulama pernah berpesan, perpecahan kerana ingin bersatu itu lebih baik dari bersatu
kerana hendakkan perpecahan.
“Kehadiran Amanah dalam politik tanah air adalah merupakan satu perubahan yang
baik di samping melahirkan pemimpin dan pelapis yang hebat,” katanya
.
4 orang berkata:
Memang parti lebai pun.
Buktinya yik (kelantan) tak bayar elaun2 / potongan/ pinjaman guru2 yik. Gaji dah potong tapi tak bayar kpd agensi2 spt kwsp, koperasi yik, bank islam dan byk lagi.
Mana perginya duit2 ni?
Ada hantu makan duit ker?
Cikgu pun korang nak kelentong ker?
Alahaiiii.....baik bg kelantan kat umno la...
Pakarkermu ni sudah lupa ke apa yang berlakudi Kedah dulu,kita berhimpun penuh stadium dan melempah keluar ,masih aku ingat lagi akan solat hajat yang di imami oleh tok guru Saleh pondok ,BN kecut perut ketika itu ,seluruh pengikut bertumpu ke Kedah untuk menunjukan kekutan kita,TETAPI apa berlaku kita tidak tahu dan itu ketentuan ALLah.pilihanraya kita terjerumus dan habis kerajaan kedah yang kita pegang terlucut ketangan BN.oleh itu perhimpuan di Kelantan ini jangan kita ambil mudah dan sombong diri ,jangan2 PRU 14 nanti Kelantan akan ditadbir BN ,semoga BN dapat membantu menaikan dan memajukan Kelantan disampng mangsa banjir yang masih mediamai dibawah kemah akan mendao tempat kediaman baru dibawah penrabiran BN nanti .hidup UMNNO.
Yg Hebat Kuat & MENANG bukannya kerana jumlah yg banyak
TETAPI kerana Kualiti Merit & INTEGRITY yg tertinggi
Klu setakat Level Lebai2 siku lutut yg balik dari Padang PASIR tuu..dah bole agak dah?
Klu setakat Esos Projek BALAK..budak2 lulus jah enam pon tau camner nak songlap
Yg Hebat Kuat & MENANG bukannya kerana jumlah yg banyak
TETAPI kerana Kualiti Merit & INTEGRITY yg tertinggi
Klu setakat Level Lebai2 siku lutut yg balik dari Padang PASIR tuu..dah bole agak dah?
Klu setakat Esos Projek BALAK..budak2 lulus jah enam pon tau camner nak songlap
Post a Comment