BELAGA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 
percaya bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah akan
 memberi 'sumbangan besar' kepada PKR yang disertainya baru-baru ini. 
 
Timbalan perdana menteri berkata 'sumbangan besar' itu adalah
 masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas Ahli Parlimen 
Temerloh itu kepada Umno.
 
"Beliau lebih sesuai untuk memberi 'sumbangan besar' itu kepada 
parti tersebut," katanya berseloroh.
 
Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai penyertaan Saifuddin 
ke dalam PKR, selepas mendengar taklimat mengenai Stesen 
Janakuasa Hidro Elektrik Bakun, di sini hari ini.
 
Mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada 
19 Oktober ini, beliau berkata pihak kerajaan tidak akan terkejut jika
 pembangkang menimbulkan isu hangat khasnya titah Majlis Raja-raja 
mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad.    
 
"Kita bersiap siaga untuk memberi jawapan sebagai penjelasan kepada isu
 itu," katanya.
 
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata pihak pembangkang juga harus
 menerima jawapan daripada kerajaan sebagai penjelasan yang rasmi
 dan tidak diputar-belit melalui lontaran pelbagai pandangan yang berbeza.
 
Namun beliau berkata walau apapun yang diperjelaskan oleh kerajaan
 tidak akan diterima pembangkang. -Bernam
a