Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dua nelayan Sekinchan dijangka tiba esok
Dua nelayan Sekinchan dijangka tiba esok
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md. Yunos (kanan) mendukung anak lelaki Nelayan Chee Yong yang ditahan Pihak Berkuasa Indonesia pada sidang media di kediaman Chee Yong di Sekinchan hari ini. - Foto Bernama

SEKINCHAN - Dua nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Mac lepas, dijangka tiba di sini selewat-lewatnya awal pagi esok.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, proses dokumentasi bagi membawa pulang Chua Lee Teck, 45, dan Heng Chee Yong, 29, sedang dijalankan bagi membolehkan mereka dibawa pulang dengan segera.

"Sebaik mereka tiba di sini, kedua-dua nelayan itu akan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terlebih dahulu untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jamal berkata kepulangan kedua-dua nelayan itu amat dinanti keluarga dan rakyat Malaysia kerana pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka sejak ditahan tiga bulan lepas.

Ketika ditanya sama ada pembebasan kedua-dua nelayan itu mempunyai 'syarat' tertentu, Jamal berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

"Usaha untuk membawa pulang kedua-dua nelayan Sekinchan itu telah lama dibuat dan kebetulan mereka mendapat pengampunan Presiden Indonesia (Joko Widodo).

"Kami amat bersyukur dan ini merupakan khidmat berterusan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat tanpa mengira fahaman dan ia akan diteruskan demi membela nasib rakyat," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembebasan kedua-dua nelayan itu selepas Jokowi menandatangani surat pengampunan mereka.

Jamal berkata dua nelayan Sekinchan itu bukan yang pertama dibebaskan oleh kerajaan Indonesia kerana sebelum ini, lima nelayan lain dari Pontian, Johor turut mengalami nasib yang sama.

Pada 4 Mac lepas, pihak berkuasa Indonesia menahan Chua dan Heng serta merampas dua kapal pukat tunda Zon B yang dinaiki mereka.

Jamal berkata usaha turut dijalankan bagi membawa pulang kapal-kapal itu namun ia memerlukan sedikit masa kerana perlu menjalani pelbagai proses tertentu.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.