Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAKWAAN MUKHRIZ MASIH SAMAR


Mukhriz dakwa Umno akan serah Kedah kepada Pas
Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

DAMANSARA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan Umno Kedah untuk bersiap sedia bagi menyerahkan kepimpinan kepada Pas selepas ini.

Menurut Mukhriz, kerjasama antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi merupakan satu amaran bagi menyerahkan pimpinan negeri berkenaan memandangkan Pas kini dilihat menjurus ke arah tersebut.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya lihat seolah-olah ada pakatan antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi.

"Bersiap sedia untuk serah kerajaan negeri kepada Pas kerana nampaknya ia sedang menjurus ke arah itu," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universti Malaya, hari ini.

Di samping itu, Mukhriz turut mengingatkan kerajaan agar tidak menjadikan rakyat Ayer Hitam sebagai mangsa memandangkan semua peruntukan Adun dipotong.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mempersoalkan mengenai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan mengenai  pemberhentian peruntukan bagi Yayasan Kepimpinan Perdana.

"Ia sepatutnya diputuskan oleh kerajaan tapi apa yang peliknya kenapa ia diumum dalam MT," katanya.


Kelmarin, MT memutuskan untuk menghentikan segala bentuk bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Selain itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddi Yassin dan Mukhriz turut dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Ulamak hanya tahu complain dan hukum rakyat tetapi dalam masa yang sama membiarkan pemimpin2 negara berbuat sesuka ahti.

Time demo lawan kerajaan = keluar fatwa (baca sebagai kenyataan ya selepas ini).
Time boikot pusat zakat = keluar fatwa.
Time tak sokong kerajaan = keluar fatwa.
Time melayu sokong DAP = keluar fatwa.
Time non muslim persoalkan agamawan = keluar fatwa.

Pendek kata serba serbi yang tak babitkan kepentingan pemimpin, bermacam2 kenyataan mufti sana sini dikeluarkan dalam semata2 nak bersungguh2 menghukum rakyat. Adil ke? Adil ke?

Pemimpin botakkan bukit takde fatwa pun.
Siap ada bukit judi. Fatwa ke mana, hukum ke mana last-last kita siap ada judi berlesen. Tolongla. Ini semua apa?

Sebab tu agamawan kena masuk campur dalam urusan pemimpin mencorakkan pentadbiran negara. Ini tidak. Riba bersepah sampaikan kita terima ia sebagai amalan.

An Anonymous said...


Harap Muhyidin dan Mukhriz masuk PAN.. golongan pemfitnah sebegini mmg tak sesuai bersama PAS..

An Anonymous said...

Cuba kita perhatikan bilamana DSAI kena fitnah ada diaorg berdua ni amik kisah?.. Jadinya mmg mereka sesuai dgn PH yg tak kesah pun walau Mahathir pernah fitnah DSAI..

Ghozali zali said...

Hanya org bodoh sj percayakan mukhriz dlm isu ni.awat ingat senang umno nak bagi mcm tu sj pd Pas.lgpun tu bkn cara Pas utk perintah.Pas ada prinsip la.

Ghozali zali said...

Hanya org bodoh sj percayakan mukhriz dlm isu ni.awat ingat senang umno nak bagi mcm tu sj pd Pas.lgpun tu bkn cara Pas utk perintah.Pas ada prinsip la.

Anonymous said...

Ada prinsip kepsls buto la

Anonymous said...

Betul tu. Hancur kedah kalu bagi kat pas...m

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.