Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERUSKAN PERJUANGAN MENEGAK KEBENARAN


Muhyiddin: Ini ujian saya pada bulan puasa
Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemecatannya daripada parti merupakan ujian buatnya pada Ramadan kali ini.

Menyatakan beliau tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Muhyiddin berkata, keputusan tersebut sudah dijangka sejak awal lagi memandangkan barisan MT jelas tidak bersetuju dengan kelantangannya menegur Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama ini.

“Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya. Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar.

“Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tegas Muhyiddin lagi, meskipun kini beliau tidak lagi berdiri di atas kapasiti Umno, perjuangannya terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tetap akan diteruskan.

“Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini.

“Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada,” katanya lagi.


MT Umno pada semalam memutuskan Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara Shafie digantung dari jawatannya. Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.