Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERBAIK SANGKA DENGAN KEPUTUSAN

Setinggi-tinggi Penghargaan Buat Para Petugas dan Pengundi


1-Warga DMPM mengucapkan Alhamdulillah syukur selesai sudah PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan selamatnya.

2-Jutaan terima kasih jua yang tidak terhingga kami ucapkan kepada seluruh pimpinan, petugas, penyokong, penyumbang, pengundi yang bertungkus lumus mahu melihat kemenangan PAS di kedua-dua Parlimen ini. Kepada Allah jualah kami serahkan sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat untuk dikurniakanNya.

3-Begitu juga kepada kedua-dua calon kita beserta ahli keluarganya, kami juga mengucapkan syabas di atas segala kesanggupan, pengorbanan dan kerjasama yang telah diberikan. Moga semuanya diganjari Allah dengan sebaik-baik  balasan.

4-Mungkin kita merasa tidak gembira dengan keputusan zahir PRK ini, namun kita tetap meyakini firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu bencikan sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

5-Oleh itu marilah kita terus berusaha, berjuang dan berjihad dengan sebenar-sebenarnya. Kita terus memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dengan sebaik-sebaiknya. InsyaAllah akan tiba masanya kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Aamiin
MUSLIMAT MEMACU KEMENANGAN

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.