Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MADE IN UMNO JADI TOKONG DAP


MT Umno: Cukup-cukuplah Mahathir
Mahathir Mohamad
Tun Mahathir Mohamad

KUANTAN - “Sudah sampai masanya Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengakui rakyat sudah buat pilihan dan keputusan di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah membuktikan rakyat masih mahu Datuk Seri Najib Razak terus jadi pemimpin.

Itu reaksi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berikutan tindakan Tun M yang berterusan menyalahkan parti tersebut dipercayai berpunca daripada rasa kurang senang dengan pencapaian BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu hanya dijadikan alat oleh pembangkang untuk mencapai agenda politik mereka dan ia boleh dilihat dengan tindakan tak selari antara pemimpin pembangkang terlibat.

“Pembangkang ini semuanya tidak setia, tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kerjasama yang dijalinkan bersama Tun M malah ketua pembangkang dan bekas Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri tidak boleh terima penglibatan beliau dalam perjuangan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata sedemikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan Jalinan Mesra di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, di sini, hari ini.

Turut dihadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Menurutnya lagi, Mahathir sepatutnya sedar tindakan pembangkang memperalatkan dirinya dan tidak boleh dipercayai.

“Cukuplah... berhentilah dalam keadaan sekarang ini kerana kami nak dalam sisa-sisa kehidupan beliau melihatnya sebagai negarawan dihormati.

“Rakyat masih mahu terus Najib terus sebagai pemimpin negara dan ketua kerajaan. Biarlah Najib terus pimpin parti ini dengan caranya tersendiri bagi berdepan cabaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya lagi.

Tegasnya, hingga ke tahap ini, beliau sudah sampai satu tahap tidak berupaya untuk rasa marah terhadap Tun M sebaliknya berasa sedih mengenangkan reputasinya sebagai pemimpin ulung negara serta legasinya selama 22 tahun dihancurkan sendiri apabila memilih untuk bersama pembangkang.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.