Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JELAJAH NEGARA


RUU Persendirian: 500 adakan program jelajah‎
PPIM

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam akan mengadakan program jelajah di seluruh negara bagi menjelaskan usul mengenai Rang Undang-

undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.

Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti tempat dan golongan sasaran sebelum memulakan jelajah berkenaan.

"Langkah segera perlu diambil bagi membetulkan tanggapan salah mengenai pindaan RUU yang dicadangkan ini di mata orang awam.

"Kita yakin pindaan RUU ini dapat membendung gejala sosial yang berlaku dalam kalangan orang Islam," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman bersama beberapa wakil NGO terlibat di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Katanya gabungan NGO itu turut merancang menghantar memorandum sokongan terhadap pindaan akta berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat. 

Antara NGO yang menyertai gabungan Ummat ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pada 26 Mei lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen kawasan Marang mengemukakan usul RUU berkenaan di Dewan Rakyat. - Bernama
  

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.