Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WALAUPUN MAHADHIR,AMANAH DAP DAN PKR MENYERANG PAS TAPI MEREKA GAGAL KALAHKAN PAS


Walau hilang undi, Pas masih bertaring
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Pas masih mempunyai taring walaupun parti Islam itu kehilangan 18,846 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, apa yang bakal berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) nanti sudah dapat dilihat berdasarkan kepada corak dua PRK yang baru berlalu tersebut.

“Keputusan dua PRK baru-baru ini menunjukkan Pas memperoleh undi hampir sama seperti PRU11 pada tahun 2004 di mana pengundi bukan Melayu memihak pada BN manakala Pas hanya memperoleh undi tegar.

“Jumlah undi yang diperoleh Pas pada PRU11 Sungai Besar ialah 7,988 manakala Kuala Kangsar 5,748 dan inilah yang juga yang diperoleh pada dua PRK malah undi Sungai Besar berkurangan 6,902 dan Kuala Kangsar 5,684 berbanding pencapaian 2004.

“Pas juga kehilangan undian sebanyak 11,394 di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar berbanding undi yang diperoleh pada PRU13 yang lalu. Namun taring Pas tetap kuat dan tidak tercabut,” katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook miliknya. 

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena turut memaklumkan bahawa perubahan strategi Umno-BN yang tidak lagi menghalalkan serangan kepada Pas adalah disebabkan oleh perubahan politik pembangkang.

Mahfuz berkata, Umno-BN hanya melakukan kepungan terhadap undi orang Melayu agar tidak beralih kepada Pas atau Parti Amanah Negara (Amanah).

“Namun begitu, pendekatan politik matang Pas yang tidak menyerang Umno-BN masih belum dapat mengalih pengundi Umno yang sedang dilanda krisis ke dalam peti undi Pas,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.