Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANCAMAN IS HANYA GERTAK .....


Jangan sesekali cuba gertak kami
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

AMPANG JAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pengganas militan IS supaya usah cuba membuat gertakan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami dah berusia 209 tahun..jangan cuba hendak menggertak kami.

“Kalau setakat buat ugutan dari jauh beranilah!,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS): ‘Go To Safety Points Bersama Petronas, di Jalan Kolam Air, dekat sini, semalam.

Beliau mengulas rakaman video yang dikeluarkan pengganas militan IS melaungkan amaran untuk ‘menggegarkan’ Bukit Aman yang tersebar pada Selasa lalu di internet.

Khalid berkata, ia bukanlah video pertama dikeluarkan IS.

“Saya nyatakan di sini bahawa PDRM tak akan sesekali benarkan elemen-elemen dan fahaman IS bertapak dan tersebar luas di dalam negara. Saya percaya dan yakin semua anggota PDRM akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kami tidak gentar dengan video itu.

“Kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia termasuklah pertingkatkan tahap keselamatan kawalan di pintu masuk,” katanya.

Beliau juga percaya tugas di pintu masuk akan lebih berhati-hati. Bagaimanapun, sekali pun jika anggota IS ini cuba masuk ke dalam negara, dipercayai mereka akan menggunakan laluan tidak sah.

Selain itu, Khalid turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan mempertingkatkan tahap kesedaran dalam pemikiran masyarakat berkenaan ugutan serta ancaman IS jika berada di tempat awam.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.