Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEGIL


PRK: Harap Zuraida tak 'degil' macam pemimpin lain
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

SHAH ALAM – Kedegilan Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebenarnya menjadi punca kekalahan Pas di Sungai Besar.

Tidak puas hati dengan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin,  Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh mungkin tidak akan sama seandainya Pas ‎diberi laluan oleh PKR. "Pakatan Harapan sangat degil untuk bertanding juga di Sungai Besar.‎

"Jika Pas dibiarkan untuk berlawan hanya dgn BN keputusan sudah tentu sahaja berbeza," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Zuraida melahirkan rasa terkilan kerana kedegilan Pas untuk bertanding pada PRK Sungai Besar menyebabkan partinya, PKR‎ kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.

Zuraida berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh Sabtu lalu mungkin tidak akan sama seandainya Pas memberi laluan kepada PKR meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai‎ Besar.‎


Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata, Pas ‎sepatutnya diberi ruang bertanding  Sungai Besar kerana ia adalah kerusi tradisi bagi Pas bertanding.

Khairuddin juga berkata, tindakan PKR yang membantu Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan salah satu faktor kemenangan BN.

"Selepas ini diharap Zuraida tidak lagi berdegil seperti mana degilnya pimpinan PKR yang lain.

"Hasil kedegilan PH menunjukkan undi cina sudah mula lari kepada BN yang tentu sahaja menakutkan DAP di Sekinchan dan juga masa depan politik DAP dan PKR di seluruh negara," katanya lagi.

Pada 18 Jun lalu, negara menyaksikan calon BN bagi‎ kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid‎ memenangi PRK Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.‎

Manakala Parlimen Sungai Besar pula kekal milik BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK itu‎.

Dalam pertembungan yang‎ melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman‎.​

[ARTIKEL BERKAITAN: BN menang PRK Kuala Kangsar]​
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.