Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA HARTA BENDA BOLEHLAH BAGI GULA-GULA POLITIK, FIAUNPUN BUAT BENDA YANG SAMA

Tak salah bagi gula-gula politik
Shamsul Amri Baharuddin

PUTRAJAYA - Adat pemberian gula-gula politik dari BN terutamanya dalam siri kempen pilihan raya ialah berlandaskan kepada kemampuan dan habuan itu adalah relevan.

Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM 3 juta untuk pembangunan setiap kawasan dengan tujuan membaik pulih dan menaik taraf keperluan rakyat.

“Jadi setiap kali turun berkempen mereka umum dan luluskan peruntukan daripada jumlah itu malah jika dicampur dengan bajet disalur kepada kawasan Parlimen dan Dun ia mencecah RM10 juta. Sebab itu wakil rakyat BN senang-senang saja lulus.

“Gula-gula itu biasanya bina atau naik taraf sekolah, stesen bas, turap jalan ke masjid tanpa perlu tunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan, duit itulah mereka guna untuk penuhi kehendak penduduk setempat,” katanya ketika sidang media selepas perbincangan meja bulat pengundi ‘Transformasi Pengundi Malaysia menjelang PRU 14,’ di Kementerian Pengajian Tinggi, hari ini.

Beliau menyifatkan insentif kerajaan itu tidak salah dan normal dalam setiap gerak kerja kempen pilihan raya.

“Pembangkang tak ada apa nak bagi gula-gula. Lagipun rakyat pun tunggu dan tagih gula-gula itu, parti dan ahli politik pun memang nak bagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, mana- mana pihak dibenarkan memberi gula-gula untuk meraih undi.

“Kerajaan Selangor kalau nak bagi (gula-gula) pun boleh sebab mereka mampu. Biasalah PRK kawasan tumpuan sebab itu orang ramai datang bagi ‘goodies’,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, rakyat tetap menilai  track record sepanjang pemerintahan lima tahun itu bukannya hanya mengharapkan gula-gula.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ada minion(pan) blehlah hantar kacau daun kawasan pas.itu baru prk rakyat sudah mula menolak.pan ternyata ditolak krn hanya dpt undi dr dap n pkr.pas masih bertahan dgn penyokongnya.begitu kata nak kacau daun dikelantan pula tgok pulau pinang yg akan hilang.puak ini suka bercakap besar sj.biarkan mereka lemas dgn tokong terowongnya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.