Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

lepas jawatan


DAP tidak boleh pilih kasih dalam isu lepas jawatan
DAP

IPOH - MyPPP negeri Perak menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab susulan pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Pengerusi MyPPP Perak Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Guan Eng sering kali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"DAP selalunya bila mereka buat tuduhan ke atas pemimpin BN yang kadang kala tiada bukti, tetap menyeru pemimpin berkenaan meletak jawatan sementara menunggu keputusan siasatan.

"Jadi (dalam kes Lim) DAP tidak bolehlah 'double standard' biarkan Guan Eng pegang jawatan Ketua Menteri," katanya dalam sidang media dia sini hari ini.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin. – Bernama

4 orang berkata:

zhao xi said...

Guan eng tak perlu laetak jawatan.malah beliau tidak sepatutnya di siasat dari awal lagi apatah lagi di dakwa. Kerana ianya pembangkang.
Hanya pemimpin kerajaan sahaja perlu di siasat dan letak jawatan.
Pemimpin pembangkang,bukan rasuah atau salah guna kuasa.tapi konspirasi politik. Hanya pwmimpin BN sahaja yang akan jadi rasuah atau salah guna kuasa.
Bn kena letak jawatan walaupun ditudoh rasuah oleh pembangkang.dan belum ke mahkamah.
Bagi pembamgkang terutama DAP,kalau pun mahkamah memutuskan bersalah,tetap tidak bersalah.
Sebab Cina DAP tak akan terlibat dengan rasuah..

Ghozali zali said...

Kena org lain dia suroh cuti la letak jawatan la tp bila kena kat dia.......mcm tu pemimpin.cakap.

Ghozali zali said...

Kena org lain dia suroh cuti la letak jawatan la tp bila kena kat dia.......mcm tu pemimpin.cakap.

GnomeFan said...

kurang ceria la raya tahun ni sebab minyak naik

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.