Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA PARTI POLITIK WAJIB BERUBAH KECUALI PAS


MODAL POLITIK UNTUK MENANG PILIHANRAYA IALAH KEBENDAAN DAN KEPERLUAN ASAS ATAU TABUR DAN JANJI APA PARTI BOLEH BAGI, MACAM ZAMAN FIRAUN BUAT, SEHINGGA NABI MUSA TERPAKSA MENGADU KEPADA TUHAN TENTANG PENGARUH KEBENDAAN OLEH FIRAUN, KERANA ITU ADALAH MUDAH UNTUK MERAIH KEMENANGAN PADA SESUATU PILIHANRAYA IAITU UJUDKAN SESUATU RANCANGAN UNTUK FAEDAH RAKYAT DAN GANTUNG, SEHINGGA RAKYAT MENAGIH JANJI - Pak Karamu
 
 
Semua parti politik harus berubah
Pilihan raya
Bendera-bendera parti yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen P.067 Kuala Kangsar mula dikibarkan di sekitar Kampung Bendang Kering Sayong, Kuala Kangsar hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Semua parti politik di Malaysia dilihat mengamalkan pendekatan politik jangka pendek yang terlalu mengejar kemenangan dalam pilihan raya sehingga hilang fokus terhadap agenda jangka panjang iaitu pembangunan.

Felo penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, parti-parti politik di negara kita berpolitik setiap masa sehingga membuatkan rakyat letih dan muak.

“Setiap kali menjelangnya pilihan raya tak kira PRN atau PRK mahupun  PRU semua parti politik hanya gah dengan forum, kempen dan ceramah dengan matlamat untuk menang pilihan raya.

“Sedangkan pengundi berdepan masalah yang tidak pernah selesai seperti perumahan, pekerja asing, masalah kesihatan contohnya klinik sesak, kesesakan lalu lintas hal ini membuatkan mereka jemu dengan kempen dan janji bermusim daripada parti politik,” katanya dalam perbincangan meja bulat pengundi 'Transformasi Pengundi Malaysia menjelang PRU 14,’ di Kementerian Pengajian Tinggi, semalam.

Jelasnya, agenda jangka pendek yang terang-terang menonjolkan untuk menang pilihan raya membuatkan pengundi kecewa terutamanya di luar bandar apabila membandingkan jurang pembangunan antara kawasan mereka berbanding kemajuan dikecapi warga Lembah Klang.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM) berkata, sepatutnya, parti politk perlu buka mata dan cuba mengawal jurang pembangunan antara Kuala Lumpur dan negeri lain.

“Kawasan yang ada penyandang daripada BN boleh menjanjikan keperluan asas yang diinginkan pengundi manakala pembangkang hanya menaburkan dakyah berunsur melemahkan dan isu meletihkan rakyat membuatkan mereka beralih kepada BN.

“Analisis mendapati trend ini akan kekal PRU 14 akan datang. Agenda- agenda pembangunan ini juga yang dilihat oleh pengundi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut mengingatkan kepada setiap parti politik untuk membuat kajian mendalam mengenai kawasan pemetaan iaitu keperluan dan kehendak setiap kawasan.

“Seperti Dun atau kawasan Parlimen memerlukan perkara yang berbeza. Misalnya keperluan pengundi di Gua Musang tidak sama dengan pengundi di Banting, jadi ahli politik harus turun padang tanya apa rakyat mahu bukannya ‘syok sendiri’ hingga mengakibatkan pengundi marah dan beralih.

“BN pun tak pernah tak ada kajian mengenai kehendak penduduk setempat. Seharusnya tahu apa orang tempatan mahu dulu bolehlah janji air dan elektrik, zaman sekarang dah beza,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan BN memperoleh majoriti besar dalam PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hasil keinginan BN  mendengar denyut nadi rakyat di situ ditambah dengan huru-hara dalam blok pembangkang menjadi bonus.

“Keupayaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membawa pulang nelayan Sekinchan juga menjadi nilai tambah.

“Pengundi membandingkan kemampuan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam usaha itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.