Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR SAKIT MASIH BELUM PULIH

Anwar masih sakit, kata Azizah
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

GEORGETOWN - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengalami sakit belakang.

Menurut Presiden PKR yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar turut mengadu masih sakit bahu sehingga menyebabkannya dimasukkan ke hospital minggu lalu.

“Dia terpaksa dipantau, dan sekarang memang adalah fasa mencabar untuk beliau. “Mana tidaknya sakit belakang pun tidak baik-baik, bagaimanapun dia masuk wad sekejap sahaja.

“Namun saya amat berharap dia cepat pulih,” katanya mengulas tahap kesihatan Anwar selepas dimasukkan ke hospital minggu lalu.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hospital Pulau Pinang.

Hadir sama Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.