Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAAAA ! MULA-MULA SERONOK DENGAR CERITANYA, AKHIRNYA LEMAH JADINYA !!!!!


‘Ada cubaan campur tangan’
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
Mohd Shukri

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan ada cubaan campur tangan dalam sesetengah siasatan yang dikendalikannya. 

Walau bagaimanapun katanya, perkara itu tidak pernah menghalang SPRM meneruskan siasatan mereka.

“Sudah tentu ada campur tangan... ada campur tangan. Tetapi saya tidak akan benarkan campur tangan untuk menghentikan siasatan kami.

“Tidak pernah dalam sejarah, sejak saya mengambil alih operasi, kertas (siasatan) dihentikan ketika tengah-tengah siasatan,” katanya dalam video rasmi SPRM yang dimuat naik di Youtube.

Menerusi video dalam Bahasa Inggeris itu, beliau menegaskan di bawah pengawasannya suruhanjaya itu tidak pernah berhenti menyiasat kerana campur tangan mahupun arahan daripada sesiapa. 

“Untuk perhatian, dari mula hingga sekarang, tiada siapa yang boleh campur tangan dalam siasatan kami, tiada siapa yang boleh mengarahkan SPRM untuk buat ini, buat itu, tidak ada. Siasatan adalah kuasa kita.

“Saya tidak akan membenarkan sesiapa untuk campur tangan, saya tidak benarkan pegawai saya menghentikan siasatan, sekali disiasat kita mesti menyelesaikan setiap kertas siasatan,” katanya.

Walaupun Shukri mengakui bahawa suruhanjaya itu boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan atau arahan, namun tidak ada apa yang boleh beliau lakukan bagi menentukan sesuatu kes berkenaan di bawa ke mahkamah.

"Saya tidak pernah mempersoalkan keputusan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak mendakwa. Ini bukan kuasa saya, kamu perlu faham bahawa terdapat pembahagian kuasa antara penyiasatan dan pendakwaan,” ujarnya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.