Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLITIK CINA HANYA CARI MAKAN


Undi Cina bukan milik kekal DAP
DAP

PUTRAJAYA - PRU14 dijangka menyaksikan undi kaum Cina yang sebelum ini milik DAP akan kembali beralih kepada BN.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, ini berdasarkan peningkatan undi Cina terhadap BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak  ke-11 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

“Dalam PRU13, kita dapat lihat undi Cina kepada BN telah lari peratus sehingga 90 peratus.  Namun, dalam PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, undi Cina kembali meningkat antara 25 hingga 30 peratus.

“Walaupun jumlah ini tidak besar namun masih mampu beri keyakinan baru kepada BN. Ia juga bermakna undi Cina bukan hak milik kekal DAP,” katanya dalam perbincangan meja bulat bertajuk ‘Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14’ anjuran MPN, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, masyarakat Cina juga seperti rakyat biasa lain yang inginkan perhatian kerajaan.

“Dalam konteks ini, MCA dan Gerakan perlu mainkan peranan mereka untuk mengambil hati pengundi Cina,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, dua PRK lalu masih dianggap ‘bahaya’ untuk menjadi cermin kepada kejayaan BN dalam PRU14.

“Mungkin BN ada kelebihan dari segi perpaduan parti berbanding pembangkang yang kini berpecah belah, tetapi BN tidak boleh leka. Namun, dengan perkembangan semasa ini, nampaknya ada ‘cahaya’ baru untuk beri momentum kepada kejayaan BN.

“Dengan syarat BN mesti memainkan politik yang ambil kira keperluan rakyat. Jika politik menjuarai rakyat ini menjadi asas, maka dua pertiga undi akan pergi kepada BN,” katanya.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.