Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMANAH DAN GANTI PAS ? AMANAH BERAPA KERAT ADA ?


Amanah tak mampu bertanding sendirian
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mampu bertanding secara bersendirian atau satu lawan satu dengan mana-mana parti jika tidak mendapat sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata kini terbukti Amanah tidak mampu menjadi pengganti Pas dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini kerana tidak mampu meraih sokongan pengundi tanpa bantuan parti-parti berkenaan.

"Pada pandangan saya ialah kegagalan Amanah berperanan sebagai parti ganti kepada PAS. Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar Amanah.

"Dan saya percaya kalau Amanah bertanding secara bersendirian macam kita Pas kemungkinan besar mereka akan hilang deposit, itu pandangan sayalah," katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan di sini hari ini.

BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan calonnya Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar.

Mastura meraih 12,653 undi dalam pertandingan empat penjuru, menewaskan Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Budiman pula memperoleh 16,800 undi dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur (7,609 undi) dan Dr Abdul Rani Osman daripada Pas yang juga Adun Meru (6,902 undi).

Mohd Amar berkata Amanah mendapat undi yang tinggi melebihi Pas di Parlimen Sungai Besar kerana undi masyarakat Cina yang menyokong DAP di kawasan berkenaan.

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, Amanah masih gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.

"Jadi dari sudut ini kita nampak Amanah tidak dapat menggugat Pas sebab undi Pas ini tidak berubah, itu yang penting," katanya. – Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pan siput babi kerjanya bertempek n merosakkan.kalau setakat nak banga krn dpt berttempek pd dap manakan org melayu nak menyokongnya.pekung dap semakin terselak cimapun naik jelak dgn mereka.pas teruskan dgn politik hikmah.org cinapun akan menyokong nanti.tak percaya tgok kuala trg.bulan akan kembali mengambang di trg n kedah nanti.seluar dalam koyak warna oren boleh buang je.buat semak.

Anonymous said...

Tak habis2 lg nak menyalak kat orang. Matanglah sikit dah 60 tahun berpolitik. Bawalah isu rakyat. Ucapan jari tengah dr aku!

Unknown said...

Sbb kita matanglah kita ada kekuatan utk bersendirian.. PAN ada?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.