Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG HARBI ITU TETAPLAH HARBI


Saya tak rujuk kafir harbi pada DAP
Saya tak rujuk kafir harbi pada DAP
Abdul Rahman

KUANTAN - "Saya tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi sesiapa sahaja yang menentang Islam. Itu yang saya maksudkan," demikian  kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Menurutnya, istilah itu tidak menyentuh mana-mana individu dalam DAP, sebaliknya ia berkaitan dengan pemikiran DAP itu sendiri.

"Saya tak sebut individu tetapi DAP itu ada pemikiran yang boleh disifatkan sebagai kafir harbi. Pemikiran mereka jelas cuba memerangi atau meracuni cara hidup Islam daripada ditegakkan. Ini yang kita tentang," katanya.

Katanya, DAP adalah satu dasar politik yang ditentukan dasar mengetahui perjuangan menentang Islam.

"Kita dapat lihat perjuangannya (DAP) yang membangkang (menolak) Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 2016 yang dibawa oleh  Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan usul itu di sokong kerajaan Malaysia (Umno).

"Mereka (DAP) seolah-olah tidak bersetuju dengan kehendak orang Islam untuk meminda RUU tersebut. Bila DAP menentang Islam ini yang kita istilah kafir harbi," katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Isap Damai di sini, petang tadi.

Abdul Rahman memberitahu dia tidak akan bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini kerana perkara yang penting ialah meletakkan Islam di atas.

Katanya, Islam perlu dipertahankan dengan sebaiknya dan meletakkan agama itu di tempat yang tertinggi supaya ia tidak difitnahkan.

Selain itu, tambahnya, beliau bukan mahu berpolitik, sebaliknya berhak untuk mengeluarkan kenyataan demi kepentingan agama.

"Kita umat Islam kena faham kenapa dahulu tak ada ( kenyataan daripada ahli agama) tapi sekarang saya bangkitkan isu ini dan saya rasa ada sebab untuk saya bercakap dalam hal ini.

"Masyarakat kena faham, saya bukan bercerita pasal politik, sebaliknya saya bercerita  tentang hak kita sebagai orang Islam.

"Saya bukan bercakap cap ayam (cakap kosong) . saya bercakap ada asas agama dan saya tiada kepentingan dalam politik.

"Kalau kata saya hendak pertahankan jawatan sebagai mufti, jawatan ini dilantik atas perkenan Sultan Pahang," katanya.

Di samping itu, katanya, mufti juga merupakan individu yang menyebarkan agama dan ajaran Islam serta mengajar masyarakat kepada perpaduan.

"Kita hendaklah bersatu bukan sahaja pada umat Islam tetapi perlu bersama bangsa lain ke arah perpaduan dan kesejahteraan bersama," katanya.

Dalam pada itu, katanya, berjihad dalam Islam ini bukan hendak berperang tetapi hendak menolak perkara-perkara yang meruntuhkan atau yang cuba menyekat untuk kita menegakkan agama Islam ini.

Jelasnya, ini termasuklah menentang pemikiran harbi. Beliau meminta agar masyarakat menghormati golongan ulama di negeri mereka.

Memetik kenyataan Abdul Rahman, dalam sebuah akhbar tempatan  melaporkannya,  DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Beliau berkata, adalah haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.
Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap RUU dibawa Presiden Pas, Abdul Hadi.
 

11 orang berkata:

Anonymous said...

Mca sokong ke wahai si tua

Anonymous said...

Pis ni dah mcm yahadi
Bodo punya unta
Mca mic gerakan tu bukan harbi?
Apa beza mca, dap?
Mca tak tolak hudud?
Umno tak tolak hudud?

Otak untaa....
Susah nak lihat belakang kain
Bodo melambung2

Anonymous said...

Ini maufatty negeri darul judi wal-bauksiti. Sini byk untaa dan keldai

Anonymous said...

Klu ahli dap masuk mic terus gugur dia punya harbi... babi punya keldai

Anonymous said...

Apa hukumnya pak untaa karamu membeli barang dan makan barang harbi? Contohnya beras harbi, ikan harbi, baju harbi, selipar harbii, pin baju melayu harbi, sawi harbi? Adakah tuan mufti menyokong harbi sbb siang mlm makan beras harbi?

Anonymous said...

sejak bila pulak mufti terlibat dalam politik

An Anonymous said...

Beli barang harbi tak pe.. tapi jangan sokong harbi menentang islam..

An Anonymous said...

Terbukti kamu ni berfikiran sekular.. tahu tak makna sekular? Sekular itu memisahkan politik dari agama.. So kamu nak mufti tu jadi sekular macam kamu?

An Anonymous said...

Ngaku je la..

Anonymous said...

Mufti sokong Dap masuk Mca, jatuh title kafir harbi, betul tak Ostaz. Citer politik tp jual agama. Kesian Ostaz

FanMin Zheng said...

new york giants jersey
air jordan 13
supra shoes
cowboys jerseys
hollister canada
oklahoma city thunder jerseys
arizona cardinals jersey
ed hardy tshirts
abercrombie outlet
giuseppe zanotti outlet
jaguars jersey
fred perry polo shirts
seattle seahawks jerseys
cleveland browns jerseys
carolina panthers jersey
new balance outlet
air max 90
new york giants jerseys
boston celtics jersey
abercrombie outlet
seattle seahawks jersey
dallas cowboys jersey
valentino shoes
chicago bulls jersey
marc jacobs
chicago bulls jerseys
ysl outlet
colts jerseys
nike outlet online
chiefs jersey
bills jerseys
new orleans saints jerseys
san diego chargers jersey
kobe 9 elite
kobe 9
fanfan20160627

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.