Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kronologi KES GUAN ENG DAP


 
 
Kronologi kes penahanan Guan Eng
Guan Eng
Guan Eng

GEORGETOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini:

17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara  pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang  yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM.

7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.    

22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.

25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.  
  
6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Hj Hadi akui DAP menerima asas kerjasama Islam sebagai agama persekutuan, dedahkan pengkhianatan Umno terhadap Pas
Berikut adalah pengakuan Presiden Pas, Hj Hadi tentang pengkhianatan Umno terhadap Pas yang berulang kali... dan pengakuannya mengenai kejayaan yang besar dicapai melalui kerjasama dgn DAP.

Hj Hadi mengakui bahawa DAP menerima asas kerjasam Islam sebagai agama persekutuan.

Hj Hadi mengesahkan bahawa DAP sekadar menyatakan pandangan tak bersetuju dengan beberapa perkara yang diwajibkan dalam Islam seperti undang-undang kisas dan Hudud. Mereka tidak setuju. Tetapi mereka tidak menentang.

Tidak bersetuju, tidak menentang! Berbeza dengan Umno yg menentang perlaksanaan Islam yg Pas perjuangkan!

Anonymous said...

Komen apa ni? Pengertian 'tidak bersetuju' dan 'menentang' memberi erti mengikut suasana pembentukan ayat.
Dalam kes yg sdr sebut tu ia memberi erti yg sama. Cuba fahami ugutan DAP utk keluar dariPakatan jika Pas teruskan dgn agenda tersebut.
Tak perlu nak perlihatkan kebaikan DAP dan memburukkan Umno dgn menggunakan istilah yg sdr sendiri kelabu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.