Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ASALKAN ADA KEBAIKANNYA HARUSLAH,


BELAJAQ TINGGI-TINGGI TAPI TAK HABIS BACA TENTANG KEBAIKANNYA, SAMALAH SEPERTI TUHAN JADIKAN SESUATU YANG KITA BENCI TENTU ADA KEBAIKANNYA, TUHAN TIDAK JADIKAN SESUATU ITU SIA-SIA PASTI ADA GUNANYA, UMAT ISLAM PERGI HAJI/UMRAH KENA BAGI SUNTIK BENDA DARIPADA BABI OK PULAK ! BACA KITAB KENA FAHAM BAIK-BAIK   - Pak Karamu
 
 
Pemuda Pas kesal tindakan golongan anti vaksin
jarum
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pemuda Pas kesal dengan tindakan segelintir golongan anti vaksin yang menghasut masyarakat agar tidak mengamalkan pengambilannya dengan menggunakan alasan tidak konkrit tanpa berlandaskan kepada kajian saintifik.

Pengarah Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda Pas, Dr Mohd Ibrahim memaklumkan bahawa Islam mengharuskan penggunaan vaksin sekalipun ia mengandungi bahan terlarang sekiranya tiada pilihan ubat yang lebih baik.

“Sebenarnya, pada masa ini tiada bahan terlarang dalam vaksin kanak-kanak kecuali vaksin untuk rotavirus; itu pun tidak tersenarai dalam  jadual imunisasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Ibrahim berkata demikian bagi mengulas dua insiden yang berlaku berikutan serangan penyakit difteria di Sungai Petani, Kedah dan Ujong Pasir, Melaka baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd Ibrahim memaklumkan bahawa pemberian vaksin juga bertepatan dengan maqasid syar’iyyah iaitu khususnya pada aspek hifz al-nafs (penjagaan terhadap nyawa).

“Kita disyariatkan untuk menjaga dan memelihara nyawa dalam kehidupan seharian kita.  Jika sesuatu boleh mendatangkan mudarat maka perlu ditinggalkan.

“Begitu juga apabila sesuatu bahan itu jika tidak digunakan yang akan mengakibatkan kemudaratan pada nyawa serta tubuh, maka wajib kita mengambilnya walaupun ia mengandungi unsur yang meragukan,”katanya.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.