Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuhan tak redha pembangkang menang


Gagal terima kekalahan antara ciri diktaktor
PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar

KUALA LUMPUR - Pihak pembangkang yang obses terhadap kemenangan dan enggan menerima kekalahan pilihan raya dengan hati terbuka dilihat mempunyai ciri-ciri diktator, kata beberapa penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata sistem demokrasi memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih, dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara itu.

Justeru itu, katanya, kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang seolah-olah menyalahkan rakyat kerana tidak memilih calon mereka, adalah respons yang 'tidak matang'.

"Mereka sahaja yang betul, pandangan masyarakat tidak dikira. Ini adalah ciri-ciri diktator. 

Kalau kelompok sebegini perintah (negara), saya khuatir nanti suara rakyat akan hilang," katanya ketika dihubungi di sini.

Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit 'kebendaan' dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusia Parlimen itu.   

"Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN)," kata Rafizi dalam laporan itu.

Md Shukri berkata rakyat dan pemimpin matang adalah dua perkara yang saling diperlukan ke arah pembentukan Malaysia yang membangun.   

"Dalam konteks ini, saya lihat keluhuran hati pemimpin itu sendiri. Kalau penghormatan ke atas rakyat tidak boleh diberikan, ini meruncing kepada pembentukan sebuah negara yang matang.

"Rakyat seharusnya buka mata," kata beliau. Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menyifatkan Rafizi sebagai pemimpin yang emosional.   

"Beliau sepatutnya lebih rasional dan praktikal dalam perkara ini," katanya. Sivamurugan berkata hak dan kedudukan pengundi untuk memilih perlu diiktiraf, dan tidak ada mana-mana parti yang boleh perlekehkan perkara ini.

Jika dilihat pada pilihan raya sebelum ini, katanya, pengundi telah menganugerahkan parti pembangkang beberapa negeri untuk ditadbir.

"Kekalahan dan kemenangan boleh disebabkan faktor calon, jentera parti dan juga isu-isu yang dibawa. Tiga elemen ini menyumbang dengan besar.  

"Dalam konteks ini, pihak yang kalah haruslah lakukan bedah siasat (tentang kekalahan mereka)," kata beliau.

Pada PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur.

PRK Kuala Kangsar pula menyaksikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bhukary. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Aku menyokong parti yg korup. Senang berurusniaga dgn mereka. Terima kasih kpd yg mengundi bn.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

FanMin Zheng said...

san diego chargers jerseys
titans jersey
new orleans saints jersey
atlanta falcons jerseys
new york knicks jersey
nike outlet store
boston celtics jerseys
valentino outlet
minnesota vikings jerseys
jets jersey
vikings jerseys
jacksonville jaguars jerseys
carolina jerseys
miami heat
browns jerseys
cheap nike shoes
new york knicks jerseys
salomon shoes
houston texans jerseys
chicago bears jerseys
ysl outlet online
nike free 5
mizuno running shoes
pittsburgh steelers jerseys
nike trainers uk
los angeles lakers jersey
jacksonville jaguars jersey
nike outlet
packers jerseys
fanfan20160627

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.