Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALHAMDULILLAH SYUKRAN !!! TAKBIIIIIR !!!


Tak mungkin Pas-Pakatan Harapan bergabung
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Pas sama sekali tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi DAP berterusan menentang hak umat Islam, terutamanya isu berkaitan Rang Undang-Undang 355.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas juga tidak akan menyertai pakatan itu kerana Parti Amanah Negara (Amanah) telah mengheret ahli Pas dan merosakkan Pas setelah tidak terpilih dalam muktamar.

“Ini kali kedua sikap pakatan itu berubah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan PRK (kawasan Parlimen) Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kenyataan ini jauh berbeza dari waktu mereka menyerang Pas sebelum PRK dan semasa kempen dua pilihan raya tersebut.

“Bagi saya Pas tidak mungkin menyertai pakatan itu selagi adanya sikap melampau DAP yang berterusan menentang hak umat Islam bagi mengamalkan agamanya sama ada isu RUU 355 atau lainnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang ajak Pas kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan selepas kekalahan di kedua PRK itu baru-baru ini sebagai isyarat rakyat mahukan gabungan parti pembangkang kembali utuh.

Menurut Tuan Ibrahim, serangan antara satu sama lain  perlu dikurangkan dan saling menghormati prinsip perjuangan parti lain.

“Saya dah ingatkan sebelum ini kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi Pas.  Mereka (Pakatan Harapan) sepatutnya menghormati dengan tidak menyertai pertandingan. Namun mereka letak juga calon dan mulai serang Pas. Serangan kepada Pas terkadang lebih kuat dari menyerang BN.

“Pas akan memperkasakan blok ketiga dan menyusun semula strategi parti. Dengan kekuatan teras antara 43 peratus kami yakin masa depan parti semakin baik. Kita akui perlunya pembangkang bersatu dalam menghadapi BN, tetapi menyertai mereka (Pakatan Harapan) tidak mungkin,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, pembangkang perlu kerjasama tapi ini bukanlah bermaksud bergabung tapi mewujudkan satu mekanisme baharu.

“Prinsip utama yang boleh dipersetujui ialah satu lawan satu, dan jangan minta rakan kerjasama korbankan kerusi dan setiap parti mesti diberi kebebasan perjuangkan prinsip parti secara demokrasi, " katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Terbaik TITM.. mmg layak terajui PAS bersama pemimpin nombor 1 yg dikasihi TGHA..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.