Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SOLIDARITI


Azmin nyatakan solidariti terhadap Guan Eng
 Azmin Ali
Azmin Ali - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan solidariti terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang kelmarin.

Menerusi kenyataan media, Mohamed Azmin menegaskan keyakinan penuh terhadap pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang.

Menurutnya, setelah mendengar berita tersebut, beliau sempat bercakap melalui telefon dengan Guan Eng, sebelum ditahan pihak berkuasa.

“Saya nyatakan, saya teguh di belakangnya pada masa yang sangat menguji ini. Beliau kini dianiaya penguasa yang bersungguh-sungguh mahu memperlekehkan dirinya dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, walaupun penahanan Guan Eng dilakukan dengan kehadiran peguam, tindakan demikian sekali lagi menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam proses siasatan serta objektiviti Peguam Negara dalam mengarahkan tindakan.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, perhatian luar biasa dan tindakan pantas dalam kes Guan Eng ini berbeza sama sekali dengan tindakan yang telah diambil setakat ini terhadap lambakan laporan terhadap perdana menteri.

“Kita perlu sedar tindakan kerajaan ini tidak lain dan tidak bukan sebahagian daripada konspirasi berterusan untuk memburuk-burukkan Guan Eng dan ahli politik pembangkang Persekutuan yang lain,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng bersama isterinya Betty Chew dipanggil ke pejabat SPRM negeri untuk memberi keterangan berhubung pembelian banglonya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Malaysia tidak boleh dibanggakan melalui urus tadbir yg amat tempang,.pemimpin pemerintah sebagi pentadbir konon kerap dengan bangganya laungan DEMOKRASI,.dimana letak nya demokrasi itu,.?? Semuanya penipuan kepada Rakyat, di setiap sudut mana pun dalam pentadbiran tiada lagi demokrasi,. Lagak Dan mirip kearah pentadbiran Kominis,.itu lah kehendak nya,.,.Pemimpin akan menjadi kaya Raya tanpa soal,..Namun Rakyat dari Berbagai peringkat akan Hidup menderita, harta yg ada akan dirampas demi pemerintah,.rakyat dipaksa menurut perintah walaupon dalam keadaan cedera,.memeras Rakyat dengan berbagai CUKAI jika ingkar atas tiada kemampuan hukoman pasti sedia menanti,.ini lah mirip pentadbiran Kominis,.,.owh,. negara Malaysia ku,

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.