Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERPULANG PADA HUKUM MAHKAMAH


Guan Eng bakal hilang jawatan?
Cina Sarawak, Cina Semenanjung 'berperang'
 
APAKAH Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bakal hilang hak sebagai Ahli Parlimen sekiranya didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo?

Itu soalan yang ditanya oleh China Press ekoran pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu petang kelmarin.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana ahli parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Pada tahun 1995, Guan Eng pernah dipenjarakan selama 18 bulan disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan kontroversi mengenai kes skandal gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik.

Selepas 21 tahun, Ahli Parlimen Bagan ini sekali lagi didakwa di mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng dituduh sebagai penjawat awam menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri berhubung perbincangan pengezonan semula tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menyalahguna kuasa sebagai Ketua Menteri untuk mendapatkan barang berharga sebagai balasan iaitu lot rumah banglo bernilai RM2.8 juta, di bawah harga pasaran sedangkan nilai semasa RM4.2 juta.

Guan Eng dituduh mengikut dua akta berasingan, iaitu Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai tuntutan palsu.

Manakala di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan penjara atau kedua-duanya.

Berdasarkan undang-undang tersebut, sekiranya Guan Eng didapati bersalah, jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bagan bagaikan telur di hujung tanduk dan kemungkinan PRK bakal diadakan di kerusi parlimen tersebut.

Sebelum itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan bahawa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

Li Koon turut didakwa semalam mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Sin Chew Jit Poh pula mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang sama ada Guan Eng perlu bercuti buat sementara atau tidak ketika proses pendakwaan dijalankan ke atasnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam Malaysia, Datuk Baljit Singh Sidhu berpendapat, Guan Eng tidak perlu bercuti sementara dan kes tersebut tidak akan menjejaskan urusan Kerajaan Pulau Pinang.

Beliau memberitahu, Guan Eng bukanlah kakitangan awam Kerajaan Persekutuan dan keputusan cuti sementara ini tidak sesuai dikenakan kepada pemimpin pembangkang ini.

Beliau menegaskan, mengikut prinsip undang-undang Malaysia, selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman, setiap tertuduh tetap bersih dan tidak bersalah.

"Sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Guan Eng dengan denda melebih RM2,000 atau penjara lebih daripada setahun, haknya sebagai ahli parlimen akan dilucutkan. Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk membuat rayuan.

"Oleh itu, saya menjangkakan kes Guan Eng ini akan memakan masa beberapa tahun. Beliau akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri jika dipersetujui oleh partinya," kata peguam tersebut.

Bagaimana pun, berbeza pula dengan pendapat seorang peguam yang menegaskan Guan Eng perlu bercuti sementara sehingga perbicaraan selesai.

Beliau berkata, Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan kakitangan awam. Oleh yang demikian beliau sepatutnya mengambil cuti sementara walaupun ia tidak termaktub di dalam undang-undang Kerajaan Pulau Pinang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.