Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALASAN BODOH, KENA BELAJAR POLITIK LAGI


AWAK BODOH, SEDANGKAN PKR,DAP DAN AMANAHPUN TIDAK BOLEH DAPAT UNDI RAMAI MACAM PAS DAPAT, APA YANG NYATA IALAH UNDI PKR,DAP DAN AMANAH LARI PERGI BN, AWAK TAK PANDAI BACA POLITIK, SEPATUTNYA AWAK TURUN RISIK PENGUNDI, BUKA MAIN RASA-RASA JEW - Pak Karamu
 
 
Kalah PRK: Saya terkilan kerana Pas degil
Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin


SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa terkilan kerana kedegilan Pas untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar menyebabkan partinya, PKR kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.

‎Zuraida berkata, hasil keputusan pilihanraya yang diperoleh pada semalam mungkin tidak akan sama seandainya Pas memberi laluan kepada PKR untuk meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai Besar.

“Saya terkilan kerana PKR cuba berunding dengan Pas untuk diberi laluan bagi bertanding. PKR telah cuba berunding sehingga saat-saat akhir.

‎“Malangnya Pas tidak beri laluan dan teruskan bertanding. Jadi inilah keputusan yang kita lihat,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan memenangi PRK Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.

Manakala Parlimen Sungai Besar pula kekal milik BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK Sungai Besar.

Dalam pertembungan yang melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN menang PRK Kuala Kangsar]


Ahli Parlimen Ampang itu bagaimanapun mengakui kesukaran untuk memenangi PRK kali ini disebabkan pertembungan tiga penjuru yang berlaku antara BN, Amanah dan Pas.

“Untuk menang memang susah. BN sudah dapat jangka yang mereka akan menang. Itu normal dalam suasana PRK,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Unknown said...

Mal cik mmg bodoh.komen ikut suka dia sj.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.