Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA MASIH KM, BIAR DAP TENTUKAN GESAAN


Gesa Guan Eng lepaskan jawatan ketua menteri
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Lim Guan Eng digesa supaya meletakkan jawatan Ketua Menteri dan lain-lain jawatannya sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, sebelum ini, belum ada mana-mana Ketua Menteri  atau bekas Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan salah laku rasuah.

Menurutnya, tindakan itu perlu diambil bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri tidak dipertikaikan.

"Dengan dua pertuduhan salah laku rasuah terhadap dirinya di mahkamah, Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan lain-lain jawatan yang disandang dalam Kerajaan Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai.

"Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, penyokong kerajaan negeri serta Guan Eng perlu bersabar menanti keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan.

Rafizal berkata, keharmonian dan pemuafakatan sesama kaum terutamanya di negeri ini perlu dijaga.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.