Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRK terbaik dalam sejarah
PRK terbaik dalam sejarah
Ahmad Zahid bergambar bersama anggota bertugas ketika mengadakan lawatan ke Martek PDRM sempena PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, semalam.

KUALA KANGSAR - PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar berlangsung dalam keadaan aman sehingga kini dan tiada insiden tidak diingini berlaku sejak 5 Jun lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengklasifikasikan situasi di Kuala Kangsar sebagai PRK terbaik dalam sejarah.

Menurutnya, setakat ini terdapat hanya 11 laporan polis dibuat dalam pilihan raya kali ini dan lima daripadanya telah dibuka kertas siasatan.

“Saya ingin ulang buat kali keempat bahawa kita telah sampai tahap kematangan politik. Ini harus dipertahankan semua parti politik dalam negara.

“Tiada provokasi melampau antara penyokong dan mereka juga tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang sepanjang berkempen.

“Ini bukan sekadar pematuhan terhadap Akta SPR tapi lebih pada itu. Hati dan nurani mereka menghormati sistem demokrasi dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat dan berjumpa dengan warga dan pegawai PDRM di Markas Taktikal (Martek) PDRM, Kuala Kangsar, semalam.

Sementara itu, beliau meminta bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad supaya menutup mulut dan tidak membuat serangan peribadi terhadapnya.

Ahmad Zahid berpendapat, Mahathir sepatutnya jangan bercakap sebarang perkara yang akhirnya orang kata beliau (Mahathir) nyanyuk.

“Elok tutup mulut sebelum orang cakap dia nyanyuk,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.