Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERSEMPADANAN


Pulau Pinang pertimbang saman SPR
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Pulau Pinang sedang menimbang untuk memfailkan saman ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa tidak adil dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihaknya merasakan berlaku tidak adil dalam persempadanan semula itu yang baharu dibuat oleh suruhanjaya itu.

Menurutnya, walaupun ia tidak melibatkan banyak kerusi, namun pihaknya tetap merasakan pembahagian sempadan itu tidak adil kepada Pulau Pinang.

"Kita rasa ia tidak adil sebab Kerajaan Pulau Pinang tidak diberi peluang untuk memberi pandangan ke atas beberapa kawasan yang dirasakan tidak adil. Namun, kita terima bahawa di Pulau Pinang, hanya dua kerusi terlibat. Walaubagaimanapun, kita akan semak berhubung perkara itu. Perkara ini amat mendukacitakan kerana mereka tidak cuba untuk samakan kawasan-kawasan.

"Mereka tidak mengimbangi pengundi contohnya, Paya Terubong, bilangan pengundi bertambah dengan 41,000 pengundi sedangkan kawasan saya, mereka kurangkan undi menjadi 12,000 sahaja. 

Mengapa kurangkan pengundi di kawasan saya? Ini yang saya bantah. Ia jelas tidak adil," katanya kepada media selepas lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mak Mandin, Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.

Difahamkan sebelum ini, Dun Paya Terubong mempunyai 39,649 pengundi berdaftar manakala Dun Air Putih mempunyai 13,803 pengundi berdaftar.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, walaupun Pulau Pinang hanya melibatkan dua kerusi, namun ia dilihat masih tidak adil.

"Jika dibandingkan dengan negeri lain, Pulau Pinang tidak melibatkan banyak kawasan tetapi masih tidak adil. Secara keseluruhannya, ia masih tidak adil. Oleh itu, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan semua pihak terlibat akan memfailkan bantahan kepada SPR. Kita mempunyai 30 hari untuk failkan bantahan iaitu sehingga 14 Oktober depan dan yang pasti, kita akan failkan (bantahan itu).

"Persempadanan itu perlu mengimbangi pengundi berdaftar untuk kiraan undi di setiap kawasan. 

Persempadanan ini juga dilihat cuba untuk memastikan Umno dan BN boleh menang semula di Pulau Pinang," katanya.

Sebelum ini, Pakatan Harapan memutuskan untuk mengadakan bantahan berhubung keputusan SPR  untuk menjalankan persempadanan semula.

Ketua Setiausaha Sekreteriatnya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya juga akan membuat penjelasan terhadap rakyat berhubung keperluan membuat bantahan itu.

Sebelum ini, SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.

1 orang berkata:

Anonymous said...

" Sialan Pada Rakyat " bro

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.