Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hangpa jangan masukkan PAS, nanti akhirnya hangpa kutuk PAS macam DAP dan PAN buat, hu hu hu


Sukar tafsir pendirian Pas
Pas

SEREMBAN - Pembangkang perlu mengetepikan kepentingan parti masing-masing buat sementara waktu jika mereka mahu membentuk semula kesepakatan bagi melawan BN pada PRU akan datang.

Penganalisis politik, , Prof Dr Nasrudin Mohammed, bagaimanapun, menjangkakan kesepakatan itu sukar diwujudkan semula hanya disebabkan Pas.

“Saya melihat susah untuk menentukan dan mentafsir pendirian Pas buat masa sekarang kerana kadang-kala kita nampak mereka cenderung bersama BN, sudi bertolak-ansur dengan rakan pembangkang lain dan ada masanya memilih untuk bersendirian.

“Tapi saya percaya jika pembangkang tumpu kepada usaha menjatuhkan BN dan ketepikan idealisme perjuangan mereka dan masalah dalaman lain, ia boleh memberi keuntungan kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis dalam Umno sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Nasruddin yang juga Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan berkata demikian ketika diminta mengulas usaha menemukan semua parti pembangkang di meja rundingan untuk memperhalusi kerjasama dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Jumaat lalu, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata kepada Sinar Harian,  bahawa satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi mengenai strategi tersebut dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Mengenai soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon pula, Nasrudin berkata, ia bukan satu isu besar yang perlu dibimbangkan kerana masalah itu juga turut berlaku kepada BN.

Katanya, pembangkang perlu memikirkan formula khusus untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding dan paling utama ia adalah calon boleh menang.

“Spekulasi pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi sudah banyak kita dengar dan ini masa sesuai untuk pembangkang bertindak.

“Cuma sehingga tempoh itu, sejauh mana pembangkang dapat mengekalkan kesepakatan yang ingin dibentuk semula tanpa ada sebarang masalah yang boleh menjejaskan mereka,” katanya.

Menurut beliau, BN pula tidak perlu gentar jika parti pembangkang ingin bersatu semula, kerana perkara yang perlu dibimbangkan adalah krisis dalaman antara mereka yang belum lagi selesai.

Nasrudin berkata, jika ia dapat diatasi dan diselesaikan BN tidak perlu lagi bimbang cara untuk berhadapan dengan pembangkang.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung, termasuk menggunakan formula satu lawan satu, bagi mengalahkan BN.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Aku pun tak setuju pas masuk pembangkang. Perlu ada perlawanan 3 penjuru di semua kerusi di kelantan. Ini baru boleh tentukan siapa sebenarnya kuat dan bukan omong2 kosong sahaja. Kita nak tengok siapa boleh perintah kelantan.

Jangan lupa. Pertandingan 3 penjuru untuk negeri kelantan. Cakao banyak tak guna laaa...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.