Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR KUMPUL SEHINGGA 10 JUTA, KITA JUGA TAHU CINA TETAP CINA


Persatuan Hokkien terus kumpul tandatangan
Persatuan Hokkien
 
PERSEKUTUAN Persatuan Hokkien Malaysia akan terus mengumpulkan tandatangan membantah hukum hudud walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir memberi penerangan mengenainya, Ahad lalu.  

Presiden persatuan tersebut, Tan Sri Khoo Chai Kaa berkata, pihaknya mempunyai tanggungjawab terus mengumpulkan tandatangan sehingga mencapai matlamat iaitu sebanyak satu juta tandatangan untuk diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen bulan hadapan.

“Sehingga hari ini, pihak persatuan kami telah berjaya kumpul 700,000 tandatangan. Kami harap sasaran satu juta tandatangan dapat tercapai pada bulan hadapan. 

"Sebab itulah kami tidak serahkan memorandum ini kepada Abdul Hadi kerana kempen ini masih berjalan,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Beliau berkata, selepas sesi penerangan Ahad lalu, persatuan sedia mengadakan sesi seperti itu buat kali kedua sekiranya perlu.


“Apa yang penting ketika ini ialah saya harap akan ada lebih banyak persatuan Cina seluruh negara untuk menyokong usaha yang kami lakukan ini. 

"Biarlah lebih banyak persatuan Cina tampil dan menyuarakan pandangan mereka,” katanya.

Chai Kaa turut menjelaskan, walaupun sesi penerangan Ahad lalu tidak diadakan perbincangan antara dua pihak, sekurang-kurangnya pertemuan itu membolehkan luahan daripada masyarakat Cina telah didengari oleh pemimpin-pemimpin Pas.

1 orang berkata:

Anonymous said...

yg tau baru tau perkara ni ialah kaum2 yg taksub politik je hehe...org paling dungu pun kenal lah..ko je x kenal..
dah ulang2 kali jual agama demi poilitik sampai perkara yg org paling dungu boleh kenal pun ko baru je nak dapat kenal hehe..itu pun entah2 esok lusa baik2 balik..haha..
bukan kita x kenal ko pun..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.