Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIAN CHUA MASIH BOLEH BEBAS DAN BOLEH BERCAKAP


Hasut: Tian Chua dipenjara tiga bulan, denda RM1,800
Tian Chua

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 ke atas Naib Presiden PKR, Tian Chua selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor tiga tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas berpuas hati pembelaan Ahli Parlimen Batu itu gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.

"Saya berpuas hati ucapan yang dibuat tertuduh ada kecenderungn untuk menghasut orang ramai untuk melakukan perkara yang dinyatakan," katanya.

Zulqarnain juga mengarahkan Tian Chua menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang selesai membela diri selepas pada 24 Februari lalu mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Pada 29 Mei 2013, Tian Chua didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.