Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOK DISEGERAKAN

Majlis Syura disaran mesyuarat segera
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff

KOTA BHARU - Majlis Syura Ulamak Pas disarankan bermesyuarat segera bagi membincangkan pelantikan Mursyidul Am baru menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia penting bagi memastikan perjalanan parti terus mantap bagi menghadapi cabaran politik semasa.

"Di dalam Perlembagaan Pas ada disebutkan jika Presiden berhenti, diberhentikan atau terhalang daripada memegang jawatannya maka Timbalan Presiden dengan sendirinya memangku jawatan Presiden.

"Peruntukan sebegini bagaimanapun tiada bila menyentuh soal jawatan Mursyidul Am, yang ada hanyalah bila Mursyidul Am tiada, tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulamak hendaklah dijalankan oleh Timbalan Mursyidul Am.

"Tempoh memegang jawatan Mursyidul Am adalah lima tahun dan Haron baru memegang jawatan itu Mac tahun lalu, jadi jika mahu tunggu tempoh ini tamat Mursyidul Am baru boleh dilantik maka ia hanya akan terjadi pada Mac 2020,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamarul Zaman mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob akan menjalankan tugas Mursyidul Am sementara tempoh jawatan sekarang tamat.


Menurutnya, seorang pemimpin tegas berprinsip seperti Haron diperlukan dalam suasana politik negara yang agak berkecamuk kini kerana banyak keputusan besar perlu dibuat, termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum.

Beliau berkata, pelantikan Mursyidul Am ini tidaklah sukar kerana Perlembagaan Pas menyebut ia hendaklah dipilih di dalam dan dengan persetujuan Majlis Syura Ulamak daripada kalangan ahlinya.

"Bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia Februari tahun lalu, Haron terus dipilih sebagai Mursyidul Am baru sebulan selepas itu, dan ini perlu dikekalkan selaras dengan keutamaan memilih pengganti pemimpin.

"Lagipun Pas sendiri tidak kekurangan tokoh berwibawa untuk menjadi Mursyidul Am, di mana selain Ahmad, pemimpin seperti Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Dr Daeng Sanusi Mariok juga dilihat berkeupayaan menggalas tugas tersebut," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Dicadangkan nik abduh atau ostat taliban.

Unknown said...

La mamat ni awat kalut sgt.kepimpinan tertiggi Pas tau la bagaimana nak tadbir parti walaupun ketiadaan mursyidul am.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.