Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA OLANG TAU, PAN PARTI MANYAK KUAAAAAT !


CAKAP MIMPI DARI TIMB PRESIDEN PAN, ADA ORANG KE TAK DE KE ITU SOAL LAIN, 80,0000 AHLI PAN KAWASAN PARLIMEN 154, CAWANGAN ADA 300, HITUNG PANJANG JUMLAH AHLI SANGAT TIDAK RELAVEN UNTUK BERTANDING, BUAT MALU JE BERTANDING, LEPAS TU CAKAP BESAR PULAK ! - Pak Karamu                       
 
 
Amanah tidak perlu bergantung pada parti lain
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Amanah yang berusia setahun mempunyai keyakinan sendiri dan tidak perlu bergantung dengan mana-mana parti politik di negara ini.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Amanah juga tidak perlu bergantung kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk maju.

“Amanah mempunyai kekuatan sendiri dan berazam untuk menjadi parti besar suatu hari nanti. Kita juga tidak perlu bergantung kepada apa-apa kenyataan daripada Pas untuk kita maju.

“Bagi saya kenyataan Abdul Hadi itu hanya pandangan peribadi beliau. Saya tidak teruja dengan kenyataan itu,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti itu satu hari nanti akan ‘melutut’ kepada Pas dan mengiktiraf kekuatan parti Islam itu.

Katanya, walaupun baru setahun diwujudkan, Amanah kini ada hampir 80,000 ahli, 154 kawasan Parlimen dan 300 cawangan yang telah didaftarkan di seluruh negara. 

Tumpuan Amanah kini, katanya, adalah untuk memperkukuhkan hubungan dengan Pakatan Harapan dan Bersatu.

Sementara itu, berhubung dakwaan ribuan ahli Pas Kelantan berpaling tadah dan menyokong Amanah yang dikatakan hanya cakap kosong, Salahuddin berkata, ia adalah realiti.

“Itu realiti yang berlaku dan kita tidak bercakap atas angin. Kita punya bukti, kita ada borang-borang yang diterima. 

“Memang benar kita mendapat sambutan hangat di Kelantan. Mungkin Abdul Hadi bimbang dengan perkembangan pesat Amanah walaupun masih berumur setahun dan kenyataan itu lahir kerana bimbang akan berkurangnya pengaruh Pas di Kelantan,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Mungkin terlupa yang dahulunya dihalau dan dimaki tapi sekarang sedang mengharapkan orang yang dihalau dan dimaki melutut pula.

Anonymous said...

Perubahan ke arah Kelantan yang lebih progresif dan makmur.
Kelantan dibawah pentadbiran Profesional Islam.
Amin

Anonymous said...

Amin.
InshaAllah kelantan dan selangor akan jatuh kpd umno.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.