Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARISAN RAKYAT, LEBIH KURANG BN ???


Bersatu syor pembangkang tubuh Barisan Rakyat
Bersatu syor pembangkang tubuh Barisan Rakyat

SHAH ALAM - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal mengesyorkan kepada parti-parti pembangkang untuk membentuk satu barisan yang bernaung di bawah satu logo demi berdepan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .

Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu bakal disuarakan kepada ketua-ketua parti dalam masa terdekat.

"Satu lawan satu sangat penting dalam PRU14. Apa yang kami cadangkan...ini peringkat cadangan, insya-ALLAH Tun Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu) akan bincang dengan ketua-ketua parti agar wujudkan satu gabungan untuk semua parti pembangkang.

"Macam BN ada 14 parti di dalamnya. Dalam media sosial mereka cadangkan Barisan Rakyat (BR). Tak tahulah nama itu diterima atau tidak," katanya ketika sesi dialog bersama penyokong di sini, malam tadi.

Menurutnya, gabungan itu penting supaya semua parti pembangkang bertanding melawan BN dengan satu logo selain ia juga tidak akan mengelirukan pengundi.

Ketika mengulas kedudukan Pas dalam gabungan itu sekiranya gabungan itu benar-benar menjadi kenyataan, bekas Menteri Besar Kedah ini berkata, "Pas macam mana? Itu soalan yang besar."

Namun ketika ditemui selepas sesi dialog selesai, Mukhriz mendedahkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Setahu saya Tan Sri sudah berjumpa Datuk Seri Hadi. Maklumat yang kita terima perbincangan itu positif sekali.

"Malah tak lama lagi Tan Sri akan bersama Datuk Seri Hadi dalam satu program di Marang. Jadi, itu petanda yang baik," katanya.

Menyentuh dakwaan Pas bekerjasama dengan Umno, Mukhriz berkata pihaknya masih menanti-nanti kebenaran di sebalik dakwaan itu.

"Kita nak tengoklah adakah kebenaran di sebalik dakwaan itu? Hampir-hampir PRU nanti akan lebih menyerlah.

"Misalnya, dalam satu kawasan itu, Pas bertanding tapi Umno tidak, maka itu terang-teranglah wujud kerjasama. 

"Tapi harapan kami Pas akan bersama-sama kita di pihak pembangkang," katanya. 

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.