Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU TERUS DIPERJELAS


Pas terus perjelas pindaan Akta 355
Pas terus perjelas pindaan Akta 355
Kamal Saari (duduk, lima kiri) bersama ahli panel dan masyarakat Melayu serta Cina yang hadir pada program Meja Bulat RUU 355, kelmarin.

MENTAKAB - Pas terus memberi penjelasan mengenai cadangan pindaan Akta 355 kepada rakyat pelbagai kaum termasuk kepada kaum Cina dan bukan muslim. 

Penyelaras Kawasan Dun kerdau, Kamal Saari berkata, antara tujuan penganjuran Meja Bulat RUU 355 anjuran Majlis Tindakan Pilihan Raya Dun Kerdau adalah untuk memberi kefahaman kepada orang ramai  mengenai cadangan pindaan Akta 355 itu. 

Menurutnya, penganjur menjemput masyarakat Cina hadir sama dan menyediakan seorang penterjemah bahasa Mandarin, Maisyarah Leong Abdullah. 

“Dua ahli panel yang diundang ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Mohammad Zawawi Saleh dan Mohamad Ibrahim (Mat Cina),” katanya selepas tamat majlis itu di sini, kelmarin.

Menurut Dr Nik Mohammad Zawawi, undang-undang Islam adalah undang-undang yang diturunkan ALLAH SWT dan ia tidak memihak kepada mana-mana kaum tidak seperti undang-undang yang dicipta manusia yang akan memihak kepada bangsa yang menciptanya. 

“Jika undang-undang itu dicipta orang Jepun ia akan memberi kelebihan kepada kaum Jepun, begitu juga jika undang-undang itu dicipta orang Melayu ia akan memihak kepada kaum Melayu,” katanya. 

Mengenai RUU Akta 355, beliau berkata, ia adalah undang-undang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah sedia ada dan bidang kuasa mahkamah syariah hanya menghukum penganut beragama Islam sahaja manakala penganut agama lain tidak tertakluk kepada kuasa mahkamah syariah. 

Jelas beliau, Akta 355 tidak melibatkan hukum hudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri, rejam kepada penzina atau hukuman mati (bunuh balas bunuh) kepada pembunuh. 

Sementara itu, Mohamad Ibrahim atau Mat Cina dalam ucapannya menegaskan Akta 355 bukan isu baharu kerana kewujudannya sejak 1965 lagi dan kali terakhir dipinda ialah pada 1984 kira-kira 32 tahun lalu. 

Menurutnya, akta ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan kepada orang Islam yang melakukan kesalahan yang dibawah kuasa akta berkenaan. 

Katanya, pindaaan Akta ini adalah untuk membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih hampir kepada syariah Islam kepada mana-mana pesalah yang beragama Islam sahaja. 

Pas, kata beliau, sedia berdialog dan berbincnag dengan siapa sahaja untuk memberi kefahaman dan penjelasan mengenai Akta berkenaan.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Barulah betul cara ini, beri penjelasan dan penerangan jangan paksa orang terima atau setuju tetapi buatlah biar orang rasa menerima dan bersetuju.

Hamba Allah said...

Kalau kita sebagai orang ISLAM patut terima dan setuju dengan RUU355 ni sebabnya ni hukum ISLAM...lainlah klo org tu lain dari islam

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.