Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TINGGALKAN UMNO


'Tinggalkan Umno kerana Nazri halau saya'
Mohd Hamidi Abu Bakar
Mohd Hamidi Abu Bakar

SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Selangor Mohd Hamidi Abu Bakar hari ini, bertindak meninggalkan Umno.

Menerusi satu kenyataan Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras dengan cabaran  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu dia keluar daripada parti keramat Melayu itu pada bulan Mei lalu.

"Saya ingin mengimbau sedikit kenyataan Nazri kepada saya pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menghalau saya daripada Umno.

"Kepada Nazri, saya telah melakukannya," katanya.

Pada Mei lalu, Mohamed Nazri dalam satu laporan dipetik sebagai berkata, beliau mencabar Mohd Hamidi untuk mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.

"Dia boleh melihat sama ada ia akan membawa bencana untuk dia," kata Mohamed Nazri  sebagai respons kepada komen Mohd Hamidi bahawa pengusiran Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.

Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu selepas melakukannya sendiri hari ini.

"Saya berjanji insya-ALLAH saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan mengikut apa yang telah saya lakukan," katanya.

Dalam pada itu, katanya walaupun tindakan keluar daripada Umno merupakan satu keputusan yang sukar, namun ujarnya dia terpaksa melakukannya.

"Saya ingin memohon maaf pada ibu bapa saya dan keluarga besar saya yang kesemuanya adalah ahli Umno, serta ahli-ahli  Umno di kawasan saya yang telah memberi saya sedikit jawatan pada pemilihan yang lepas

"Apa pun ingin saya tegaskan, ini adalah atas dasar prinsip dan keyakinan saya bahawa Umno ini tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu.

"Orang Melayu sudah mula hilang keyakinan terhadap Umno, kerana ada sesetengah pemimpin Umno yang tidak serius menangani masalah rasuah serta ketirisan," katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.