Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAMINAN POLIS


Jeff Ooi dibebaskan dengan jaminan polis
Jeff Ooi
Rayer (depan) mengiringi Jeff Ooi keluar dari IPDTL tadi. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun ditahan selama empat jam dan dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Salah seorang peguamnya, RSN Rayer berkata, Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi ditahan sebaik selesai memberi keterangan kepada pihak polis.

Menurutnya,  Jeff Ooi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dengan tempoh sebulan.

"Kita ke Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk memberi keterangan seperti yang diminta Ketua Polis Negara berhubung laporan polis yang dibuat ke atas Jeff Ooi.

"Jeff Ooi kemudiannya ditahan selepas dia memberi keterangan namun dibebaskan dengan jaminan polis selama tempoh sebulan.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu sama ada akan dipanggil semula dalam tempoh terdekat ini namun, kita berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada polis pada bila-bila masa.

"Jeff Ooi disiasat oleh dua pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan pegawai polis dari IPDTL berhubung laporan polis yang dibuat termasuk laporan polis di Johor," katanya.

Terdahulu, Jeff Ooi tiba bersama Rayer kira-kira jam 2.30 petang semalam dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Fortuner untuk memberi keterangan berhubung kenyataan (posting) biadab di Twitternya berhubung pemergian tokoh agama terkenal, Allahyarham Datuk Haron Din.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jeff Ooi tampil beri keterangan]

Difahamkan, selain Rayer, Jeff Ooi akan diwakili tiga lagi peguam iaitu Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan Lim Lip Eng sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Rayer berkata, Jeff Ooi disiasat mengikut Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sesi rakaman keterangan berjalan lancar dan polis juga memberi layanan yang baik. Kita juga memberi kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Jeff Ooi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja dengan niat melukakan perasaan seseorang. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, sehingga kini, kira-kira lima laporan polis dibuat ke atas Jeff Ooi termasuk dari Pas kerana memuat naik 'posting' dalam Twitternya minggu lalu.

Jumaat lalu, Jeff Ooi didapati menulis 'Adios Harun Din. Let there be peace' di Twitternya yang didakwa ditujukan kepada Mursyidul Am Pas, Allahyarham Haron Din.

Sementara itu, Jeff Ooi enggan mengulas lanjut ketika diminta memberi komen berhubung penahanannya itu.

Beliau hanya menjawab 'no komen' sambil tersenyum ketika media cuba menemubualnya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.