Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN DISEBABKAN HUJAN TAPI AIR PASANG DALAM


Air pasang besar: 73 rumah di Kerian terjejas
Air pasang besar: 73 rumah di Kerian terjejas
Mangsa banjir di Kampung Nelayan, Kuala Kurau tidak sempat menyelamatkan barangan rumah daripada ditenggelami air. 
 
KUALA KURAU - Sekurang-kurangnya 73 rumah penduduk di tiga kampung di daerah Kerian dikenal pasti terjejas akibat kejadian banjir air laut pasang besar yang melanda Perairan Kuala Kurau, di sini awal pagi ini.

Pegawai Daerah Kerian, Sabli Bakri berkata, kejadian banjir luar biasa itu turut menyebabkan sejumlah 13 mangsa banjir daripada dua keluarga di Kampung Nelayan, di sini dipindahkan di Pusat penempatan sementara mangsa banjir di surau kampung itu pada jam 7 pagi tadi.

"Daripada keseluruhan rumah terjejas, kita mengenal pasti dua rumah di Kampung itu terjejas teruk Dan segera memindahkan dua keluarga dari rumah terlibat.

"Banjir berpunca fenomena air laut pasang besar turut menyebabkan sebahagian premis kedai di pekan Kuala Kurau dinaiki air.

"Buat masa ini, semua agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam(APM), JKM, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian Dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia(JBPM) sedang bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir berulang kembali malam ini,"katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai bermula jam 4.30 pagi menyebabkan sejumlah 43 rumah penduduk di Kampung Nelayan, di sini dinaiki air bah setinggi semeter.

Sementara itu, Adun Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan mengingatkan sekurang-kurangnya 30 rumah di Kampung Depan Balai Dan Kampung Teluk, Bagan Serai, dinaiki air setinggi setengah meter.

Menurutnya, selain fenomena air laut pasang besar, punca utama berlaku banjir di dua kampung itu disebabkan masalah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.