Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERSEMPADANAN TU KERJA SPR, HANGPA SEMUA DIAM


Noh: Umno pun 'tak puas hati' persempadanan semula
Suasana pilihan raya
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menyelar sikap pembangkang kerana tidak memahami proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain asyik menyalahkan kerajaan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, usul persempadanan semula dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu turut menyebabkan Umno tidak berpuas hati kerana ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dahulunya mempunyai majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.

"Contohnya di Ampang, kalau dahulu, satu kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa), ketiga-tiga Umno bertanding.


"Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa Umno mungkin tidak dapat tiga kerusi itu di Ampang," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya kecil di Selangor berikutan usul persempadanan itu.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di kementeriannya di sini, hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini, memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan mendesak supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam, dilaporkan berkata Umno akan meneliti usul persempadanan itu dan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Sept ini. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bodoh spr ni. Keldai peliharaan BN.
Buto
Doakan sahaja warga spr dan keluarga mereka tidak selamat.
Amin.
Ini penipuan! Ini khianat kepada rakyat!

Anonymous said...

Kalu niat tak betol, mati besok sempadan kubor himpit dia pulak. Klu niat baik jgn takut, tuhan balas baik jugak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.