Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA RAMAI TAK PUAS HATI WAKIL SEMUA PARTI BOLEH JUMPA SPR


Persempadanan semula: Langkah agresif, ramai pihak rugi
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin

KOTA BHARU - Pas berpandangan persempadanan semula yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat agak agresif dan boleh merugikan parti-parti pembangkang di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, banyak aspek yang dilihat terkesan dengan persempadanan tersebut terutamanya apabila ia melibatkan kawasan-kawasan yang telah dimenangi sebelum ini.

“Pas juga sependapat dengan parti politik lain yang melihat persempadanan ini sebagai merugikan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ia dilihat sebagai langkah untuk memastikan kemenangan menyebelahi BN.

“Malah persempadanan ini juga memberi kesan kepada hubungan masyarakat, perkauman dan perpecahan penduduk. Kami melihat ia sebagai satu ketidakadilan dalam sistem politik demokrasi di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Pas Pusat telah mengeluarkan arahan kepada semua Pas Negeri bagi mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji lebih lanjut mengenai persempadanan ini mengikut kawasan masing-masing.

Beliau juga berkata, keputusan dan hasil kajian tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat pada 24 September ini.

Takiyuddin berkata, Pas juga berpandangan, SPR seharusnya memanggil wakil setiap parti politik bagi membincangkan mengenai persempadanan semula jika mahu ia dilakukan dengan lebih adil.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tengok btul2 " Sialan Pada Rakyat "

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.