Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

jika tiada kes untuknya api terus membara


DAP perlu sensitif hubungan antara agama
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - DAP perlu bersikap lebih sensitif terhadap hubungan antara agama bagi mengelak keharmonian antara kaum terganggu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata DAP sering meminta orang Islam menghormati agama lain, namun pada masa sama parti itu bertindak sebaliknya dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris hati umat Islam di negara ini.

"Pandangan saya ialah DAP sepatutnya lebih sensitif dengan perasaan orang Islam sebab banyak isu kita perhatikan pimpinan DAP ini tidak sensitif.

"Mereka minta supaya kita orang Islam menghormati mereka dan agama lain tapi sikap mereka sendiri tak sensitif dengan orang Islam. Jadi ini sikap yang tidak baik dan boleh menjejaskan keharmonian dalam hubungan masyarakat dan agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar mengulas mengenai kenyataan biadab anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi kerana menerusi twitternya telah menghina pemergian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Mohd Amar berkata walaupun Pas dan DAP berbeza fahaman politik dan akidah, namun kedua-dua parti perlu mengutamakan prinsip menghormati antara satu sama lain dan menggesa Ooi agar membuat permohonan maaf secara terbuka. - Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

dari dlu ni org paling dungu(umno) dah pesan kat org pas pasal dap ni..tapi pas backup dap mcm anak dara sunti dia..
org paling dungu pun kenal dap pas x kenal hehe..pastu berani mengaku pas kenal agama hehehehe..
haramjadu betol

Tradingview50k said...

The commission toolbox review
The commission toolbox review
The commission toolbox review
The commission toolbox review
The commission toolbox reviewThe commission toolbox review

Anonymous said...

Umni dan Pas sama dunggu. Adios amigos (Spainish) → Goodbye friends (English) → Selamat tinggal sahabat (Malay)

Anonymous said...

tol la tu tapi ko jgn salah paham,2x5 je dungu semua parti pun bukan pas dan umno je hehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.