Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SABAH SUDAH MENGUBAH BEBERAPA PARTI UNTUK MEMERINTAH


Parti baharu di Sabah perkara biasa tapi...
Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal

SHAH ALAM – Penganalisis politik menyifatkan pengambil alihan sebuah parti di Sabah oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai perkara biasa.

Ini kerana menurut Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, polarisasi dan corak politik di Sabah berbeza dengan Sarawak dan Semenanjung.

“Di Sabah, sebarang penubuhan atau pembubaran dalam negeri itu dianggap sebagai perkara biasa. Apa yang dapat kita lihat, rakyat di Sabah lebih mementingkan soal ketokohan berbanding parti itu sendiri.

“Mereka di Sabah lebih kepada soal politik dalam negeri Sabah itu sendiri. Yang penting adalah penerimaan rakyat Sabah terhadap Shafie dan tampuk kepimpinannya nanti. Itu yang perlu dikaji,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mohd Shafie dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Mohd Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.

Md Shukri berpendapat, apa yang dilakukan oleh Mohd Shafie hanyalah untuk membuktikan survivalnya dalam arena politik tanah air.

Katanya lagi, sekiranya Mohd Shafie berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin kanan dari pelbagai parti, tidak mustahil Mohd Shafie akan menggugat Umno di Sabah.

“Dia pernah jadi Naib Presiden Umno dan berada dalam ranking ketiga di Umno, ini polemik survival dan maruahnya.

“Saya melihat ini sebagai pertarungan Mohd Shafie dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mohd Shafie mahu tunjukkan keupayaannya kepada Najib yang sekurang-kurangnya apa yang dibuat Mohd Shafie boleh menggerunkan barisan Umno di Sabah,” katanya lagi.
 
Kata Md Shukri lagi, tidak ada keperluan bagi Mohd Shafie untuk bersatu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini kerana menurutnya, Sabah kekurangan isu nasional berbanding dengan semenanjung tanah air.

“Mungkin Mohd Shafie ada agenda lain. Mungkin pada pandangan beliau dengan adanya parti baharu, beliau boleh bergabung dengan pembangkang yang lain untuk mewujudkan satu gagasan sekali gus menetapkan konsep satu lawan satu menentang kerajaan.

“Apa pun, tumpuan Shafie ke atas Sabah memberikannya lebih sinergi untuk lebih berkempen di Sabah. Dengan adanya lebih banyak masa di Sabah, Mohd Shafie akan melahirkan impak yang lebih besar di sana,” ujarnya lagi.

Perlu peroleh sokongan di Sabah. Mengulas lanjut, katanya, Mohd Shafie perlu mendapatkan sokongn ketua-ketua kaum di Sabah demi survival parti baharunya.

Dengan sokongan mereka, Mohd Shafie mungkin akan berjaya menjadi parti pembangkang utama di negeri di bawah bayu itu.

“Sekiranya usaha memperbaiki kedudukan BN tidak menampakkan kesan berterusan, ia akan menawarkan peluang atau produk baharu kepada pengundi kepada Sabah.

“Jadi ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana Umno itu bergolak,” jelasnya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.