Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPR JAHAT KE ?


'Lepas persempadanan semula BN menang lebih baik'
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

PETALING JAYA - Pakatan Harapan membantah persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa ia hanya akan memberi kemenangan kepada BN.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu dibuktikan melalui sejarah pilihan raya sebelum ini.

"Kami pandang berat, kesal dan mengutuk langkah persempadanan semula yang dilakukan SPR pada anggapan kami tak berperlembagaan dan berat sebelah.

"Ia juga akan untungkan BN. Sejarah pilihan raya, setiap kali selepas persempadanan semula, BN menang dengan lebih baik," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, selepas persempadanan semula, ada kemungkinan BN tidak memerlukan peratusan undi popular yang tinggi untuk memenangi 112 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kalau kita lihat dalam dalam keputusan PRU13 untuk menang 112 kerusi itu, BN hanya perlu 25 peratus undi popular sahaja.

"Selepas persempadanan semula ini, dalam PRU14 mungkin BN tak perlu sampai 25 peratus untuk menang 112 kerusi...majoriti yang paling mudah," katanya.

Tambahnya, SPR turut tidak menyediakan peta-peta kawasan hingga menyukarkan bantahan dilakukan.

1 orang berkata:

Anonymous said...

SPR ( Sialan Pada Rakyat )

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.