Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI MENYEDARI PAS PALING PENTING, TAPI RAMAI TAK TAHU PAN DAH GANTI PAS


RAMAI MENYEDARAI BAHAWA PAS SANGAT PENTING MENYERTAI SEBARANG AKTIVITI POLITIK NEGARA, DAN RAMAI JUGA YANG TIDAK MENYEDARAI BAHAWA RAMAI AHLI PAS YANG TELAH MENYERTAI PAN.

DARI AWAL LAGI PIMPINAN PAN BAGITAHU BAHAWA PAN GANTI PAS, CAKAP BESAR DAN EGO PAN TERBUKTI BAHAWA PAS SEKARANG SUDAH LUMPUH, SO SEKARANG MANA-MANA PENGANALISA POLITIK KENA CELIK MATA DAN BUKA TELINGA, JIKA ADA LAGI DIANTARA MEREKA PERCAYA PAS MASIH UNGGUL MAKA MEREKA PERLU BELAJAR HAL EHWAL ILMU PENGURUSAN KEMANUSIAAN. - Pak Karamu
Bersih 5 perlu pujuk Pas sertai himpunan



Prof Madya Dr Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir



SHAH ALAM - Penganjur Bersih 5 disarankan memujuk barisan kepimpinan tertinggi Pas untuk sama-sama ikut serta dalam perhimpunan yang dirancang, November depan.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, tindakan itu penting untuk himpunan sepenting Bersih.‎

“Pas perlu ikut serta kerana himpunan lepas-lepas, sokongan ahli Pas itu serta penyertaan aktif Pas membuktikan ia memberi kesan besar setidak-tidaknya dari segi jumlah peserta himpunan.

“Perhimpunan sebelum ini tanpa Pas terbukti sedikit sebanyak ia terjejas. Maka, penting untuk mereka memujuk pemimpin tertinggi Pas untuk ikut serta bagi membuktikan perhimpunan ini mendapat sokongan semua pihak dan untuk memberi gambaran ada perpaduan serta kerjasama utuh dalam kalangan pihak terbabit demi agenda Bersih 5 ini,” katanya kepada Sinar Online.‎

Sebelum ini, DAP dilaporkan berkata Pas harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap matlamat untuk menumbangkan BN termasuk menyertai perhimpunan Bersih 5 bagi menuntut pengunduran Najib.

Setakat ini, Pas masih belum memutuskan penyertaannya dalam Bersih 5 selepas Bersih 2.0 mengumumkan tarikh perhimpunan itu.

Mengulas lanjut, Dr Jeniri berkata, jumlah penyertaan yang terjejas dalam perhimpunan itu akan dimanfaatkan kerajaan sedia ada.

"Sudah tentu ia akan dimanfaatkan kerajaan untuk menyatakan perhimpunan itu tidak mendapat sokongan rakyat. Jadi, sebelum kenyataan sedemikian keluar, maka amat perlu bagi mereka untuk berunding," katanya.

Ketika ditanya jangkaan suasana Bersih 5 sekiranya ia berlangsung tanpa Pas, Dr Jeniri menegaskan semua pihak tidak dapat menafikan hakikat Pas memang mempunyai jentera akar umbi dan ahli yang ramai di negara ini.

Namun, beliau mengingatkan Pas tentang kedudukan parti Islam itu yang berada di pihak pembangkang.

"Kena tanya apakah matlamat sebenar Pas di pihak pembangkang? Adakah untuk memastikan BN terus berkuasa?

"Kalau Pas ingin hantar mesej mereka jalin kerjasama dengan BN, maka kepentingan Pas sebagai parti pembangkang itu harus dipersoalkan kerana parti pembangkang bertujuan untuk menumbangkan parti yang memerintah dan mengambil alih tempat itu," katanya.

Sementara, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan Bersih 5 tidak akan meriah tanpa penyertaan Pas.

"Sebenarnya semangat rakyat untuk berkumpul itu sudah semakin tawar. Pas ini hadir untuk menyuntikkan promosi kepada sesebuah perhimpunan itu dengan agama yang akan memacu ramai peserta untuk ikut serta.

"Ini yang tiada pada Pakatan Harapan. Jadi, tanpa Pas, suntikan ini hilang dan ia akan memberikan situasi hambar kepada perhimpunan itu," katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.